Site icon Lima Minit

4 Petua Hilangkan Pening Kepala Selepas Makan Rendang Daging

sakit kepala

Masih belum terlambat untuk kami ucap, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Lima Minit yang beragama Islam. Semoga lembaran kali ini memberi 1001 makna dan kenangan manis walaupun stail sambutan pada tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Seperti kebiasaan, rendang daging merupakan juadah raya yang menjadi kegemaran ramai. Boleh dikatakan, setiap rumah yang kami lawati semalam menghidangkan hidangan ini selain juadah raya lain seperti rendang ayam, lontong, lemang, ketupat dan kuah kacang. Sedap-sedap semuanya.

Semestinya juadah-juadah istimewa ini semua berjaya menambat nafsu makan anda semua. Tetapi awas, jika terlebih makan, terutama rendang daging atau juadah berasaskan daging, pasti akan memberi kesan tidak elok kepada kesihatan diri. Contohnya, kepala menjadi sakit atau pening. Mungkin disebabkan darah tinggi, atau tidak biasa makan daging dalam kuantiti yang banyak.

Jika anda menghadapi simptom sebegini, bolehlah amalkan petua di bawah ini untuk kurangkan rasa sakit atau pening kepala.

Petua Kurangkan Pening Kepala.

1# Minum Teh O Panas

Antara zat utama dalam daging terutama daging kambing ialah zat besi. Teh O panas membantu melarutkan zat besi ini dengan lebih cepat.

Jadi, minumlah teh O panas selepas anda menjamu hidangan daging seperti rendang daging atau sate daging lembu atau kambing.

Image via medicalnewstoday.com

2# Minum Air Limau Kasturi Suam

Limau kasturi banyak khasiatnya. Ambil sebiji kasturi, perah ke dalam air suam dan minum.

Atau, boleh makan sebiji limau kasturi bersama kulitnya sekali.

Limau Kasturi. Image via KOSAS

3# Minum Air Halia Bakar.

Halia merupakan bahan yang selalu digunakan dalam masakan. Siapa sangka halia mempunyai khasiat untuk mengurangkan rasa pening akibat makan daging.

Ambil halia yang segar. Buang segala kotoran sehingga bersih. Bakar / Salai di atas api. Api dapur gas biasa tu pun boleh, guna kayu arang pun boleh.

Kemudian, kupas kulit hali yang dibakar tadi. Masukkan ke dalam cawan. Tuang air panas dan tunggu selama 5 minit supaya pati halia larut dalam air panas tersebut. Biarkan air menjadi suam dan minum. InsyaAllah, dengan izin Dia, pening pening kepala akan hilang.

Air halia. Image via Keluarga

4# Minum Air Asam Gelugor

Jika air asam jawa diminum untuk pulihkan suara yang serak, air asam gelugor berkhasiat untuk kurangkan pening kepala.

Rendam 2-3 kepiang asam gelugor di dalam air panas. Biarkan sehingga air panas menjadi suam.

Air asam gelugor sangat masam. Itulah penawarnya. Minum sehingga habis. InsyaAllah selepas 30-40 minit, pening pening kepala akan hilang.

Image via FMT

Anda yang ada masalah pening pening kepala di Hari Raya ini, bolehlah amalkan 4 Petua semulajadi ini. Bahan-bahan pun mudah didapati. Biasanya, 4 bahan utama ini ada di dapur setiap masa.

Exit mobile version