ASB Dividen

AGIHAN ASB 2023: 5.25 SEN SEUNIT

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Agihan pendapatan itu kekal kompetitif dan mengatasi penanda arasnya, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.

Bilangan akaun ASB meningkat lebih 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.

Agihan pendapatan 2023 juga lebih baik berbanding Agihan ASB 2022 yang berakhir pada 31 Disember 2022, yang membabitkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetapnya, yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.

Orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin.

ASB telah mencatatkan prestasi yang kukuh, hasil daripada perumpukan aset dan strategi kepelbagaiannya.

Beberapa urus niaga penting telah dilaksanakan untuk meningkatkan nilai bagi pemegang unit.

ASB terus menjadi pelaburan pilihan jutaan masyarakat Bumiputera dan terus memberikan pulangan yang konsisten, membentuk sebahagian daripada pelan simpanan untuk lebih 10.8 juta pelanggan.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge