internet perlahan

Akhirnya, Dah Tahu Punca Sebenar Internet di Rumah Slow Giler! Ini Cara Mudah Tingkatkan Kelajuan Internet Anda!

Pernah tak anda semak kelajuan internet di rumah? Anda dapati hasil speedtest anda berada di tahap cemerlang, namun capaian internet di smartphone atau laptop anda masih berada di tahap tidak memuaskan.

Lagi sedih, bila ada yang melanggan pakej-pakej ‘kayangan’ daripada Penyedia Perkhidmatan Internet tetapi capaian tetap tidak memuaskan. Bila buka report kepada pihak syarikat, staff mereka menyarankan untuk upgrade pakej yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan kos anda. Namun, isu yang sama tetap berulang. Internet slow!

Siapa yang tak marah bila tengah ada ZOOM meeting untuk projek penting, tiba-tiba aplikasi ZOOM hang dan anda ditendang keluar daripada meeting online itu. Atau anak anda sedang mengikuti kelas secara online via GoogleMeet, tiba-tiba ‘hang‘ disebabkan capaian internet yang hilang. Lebih merisaukan apabila isteri yang sedang ‘release tension‘ sedang menonton filem di Netflix mengamuk akibat siaran buffering. Boleh huru hara satu famili. Betul tak?

Apa guna anda melanggan 300Mbps, tetapi hanya mencapai kelajuan di tahap 40Mbps sahaja di smartphone anda. Tu pun anda dah berada di ruang tamu, tidak jauh dari router tu. Manalah pengguna tidak stress. Langsung tidak berbaloi. Ibarat anda membeli sebuah kereta BMW tetapi hanya mencapai kelajuan maksiumum selaju Perodua Axia. Ops maafkan kami. :-p

Hakikatnya, inilah masalah-masalah yang seringkali terjadi dan terpaksa dihadapi oleh pengguna internet di Malaysia.

Jangan Buat 2 Perkara Ini Bila Internet Anda Slow!

Satu nasihat yang aku dapat bila berhadapan dengan masalah internet slow.

  1. JANGAN terus upgrade pakej langganan
  2. JANGAN terus beli router lagi mahal di kedai

Sekiranya anda terus melakukan dua perkara di atas ini dengan harapan masalah internet slow anda akan selesai, anda pasti menyesal.

Yang lebih baik, anda perlu mencari punca sebenar (root cause) kenapa capaian Wifi anda slow. Kena diagnos secara teknikal, kena dapatkan analisis dengan lebih terperinci.

Siapa yang boleh diagnos dan membuat analisa terperinci tentang masalah capaian internet ini? Sekaligus seorang yang kompeten untuk mencadangkan satu jalan penyelesaian terhadap masalah anda ini?

Sedang Hadapi Masalah Wifi Internet di Rumah? DEMO PERCUMA Untuk Setelkan Hal Ini Untuk Anda!

Tanpa membuang masa, aku cadangkan untuk anda menghubungi En. Mazlan daripada syarikat Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd (PLT) untuk selesaikan masalah internet slow di rumah anda.

Siapa En Mazlan ni? Beliau adalah seorang pakar dalam memberi khidmat nasihat tentang penggunaan Wifi/Internet. Pengalaman beliau dalam membuat kerja-kerja diagnos dan analisis di lebih 100 buah kediaman & pejabat yang menghadapai masalah internet atau sambungan Wifi yang tersangat perlahan. Syarikat PLT juga merupakan pembekal Wifi Access Point yang telah terbukti mampu menyediakan kelajuan internet lebih tinggi dan liputan yang lebih meluas.

Eh sekejap! Bukan ini yang kami ingin kongsi.

Sebenarnya kami ingin kongsikan satu peluang untuk anda mengenalpasti sebab akses internet di rumah anda berada di tahap rendah. Sekarang ini, En Mazlan dan team menawarkan DEMO PERCUMA di kediaman atau pejabat anda yang sedang berhadapan dengan masalah internet slow.

Semasa sesi DEMO ini, anda akan dapat menikmati dan menyaksikan sendiri bagaimana beliau membantu anda menyediakan capaian internet yang lebih optimum ke setiap peranti di kediaman anda!

Berbaloi ke sesi DEMO ini? Jawapan kami, Ya sangat berbaloi. Pertama, sebab sesi ini hanya PERCUMA! Kedua, sudah ada yang berkongsi pengalaman mereka yang sangat berpuas hati bila dapat menikmati kelajuan internet 267Mbps, satu kelajuan optimum untuk plan langgan 300Mbps. Jika sebelum ini, klien tersebut hanya sekadar mendapat 42Mbps.

Kami bukan saja-saja cadangkan nama En.Mazlan untuk selesaikan masalah ini. Kami juga telah menjemput beliau ke kediaman kami untuk menganalisis tahap performance Wifi dan penambaikan yang boleh dilakukan demi mendapat capaian internet yang lebih optimum.

Sepanjang sesi demo yang dilakukan ada waktu malam, pelbagai input dan ilmu baru yang kami perolehi.

Kesimpulan sepanjang sesi ini- “Efficiency of Wifi” adalah lebih penting berbanding pakej internet yang anda langgan daripada Penyedia Perkhidmatan Internet. Jika anda melanggan pakej yang biasa-biasa sekali pun pun, tidak mustahil untuk anda mendapat capaian internet yang jauh lebih optimum apabila Wifi performance berada di tahap terbaik.

Wifi Access Point – Plug & Play di router sedia ada anda.

Ini bukan cakap kosong ye. Ini terbukti setelah En. Mazlan melakukan demo menggunakan peralatan canggih untuk membuat diagnos, analisa dan pilihan solusi yang terbaik.

Masa sesi ini juga, kami telah ajukan pelbagai soalan yang bermain di minda kami sebelum ini kepada En. Mazlan. Setiap soalan kami dijawab dengan penuh fakta teknikal yang tidak pernah kami dapat daripada krew-krew syarikat Penyedia Perkhidmatan Internet lain.

Selepas Wifi Access Point tersebut disambungkan ke router sedia ada, kami membuat semakan capaian internet di tingkat atas rumah, di bahagian belakang, malahan di seberang jalan rumah kami pun, ternyata masih mendapat liputan internet yang padu. Amazing! Biasanya, capaian internet akan terputus sebaik sahaja kami berada di luar rumah. Sebaliknya, dengan peranti tersebut, capaian internet lebih meluas, konsisten tanpa menjejaskan kelajuan internet.

Daripada sesi ini juga, En Mazlan turut menyediakan solusi terbaik untuk kami fikir-fikirkan. InsyaAllah ada rezeki kami akan menggunakan servis syarikat beliau. Servis yang ditawarkan oleh En. Mazlan bukan sekadar ‘one-off’. Mereka akan terus memantau dengan waranti untuk tempoh beberapa tahun selepas instalasi pertama. Menarik bukan?

Buat masa sekarang, En Mazlan hanya menawarkan DEMO PERCUMA di kawasan Lembah Klang sahaja. Kini, tiada alasan untuk anda yang sedang pening kepala dengan kelembapan akses internet di rumah untuk menerima tawaran DEMO PERCUMA ini.

Inilah masa terbaik untuk anda tahu punca sebenar kenapa internet slow!

Sekiranya anda sedang berperang dengan internet slow di rumah, boleh terus hubungi En Mazlan untuk aturkan sesi DEMO mencari penyelesaian hari ini juga:

No Tel : 019-2307867 (En.Mazlan)
E-mail : sales@plt.com.my
Laman web : http://www.plt.com.my
WhatsApp :  http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+WiFi+saya+lembab

29 Replies to “Akhirnya, Dah Tahu Punca Sebenar Internet di Rumah Slow Giler! Ini Cara Mudah Tingkatkan Kelajuan Internet Anda!”

  1. Wah boleh try la demo nie sebab nak tahu jugak apa hal internet kat rumah nie menyiput aje….kadang-kadang kena urut dada bila lambat benor nak download file…..

  2. Menarik la pakej ni. Sangat nyampah bila internet slow sebab selalunya anak la sebab dia ada online class. Maknya sibuk nak update blog pulak. Hehe.

  3. bagu gak service en mazlan ni, next time boleh cuba, haritu taktau memang upgrade pakej je la sekali nan hado hahaha tapi kelembapan line buat masa ni belum teruk sangat

  4. Kalau line slow memang bikin marah je kan heheheh bagus pakej yang ditawarkan memang diperlukan sangat lagi lagi sekarang ni ada pdpr kat rumah kan

  5. internet kalau slow bikin pening yer lah dah la kerja kat rumah, satu benda tak boleh buat kalau internet tak ada. kalau slow pun boleh bikin fedup juga hahaha tak leh layan netflix ughhhhh

Leave a Reply to Syafiera Yamin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge