Perdana Menteri Malaysia

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam!

Terkini, kerajaan akan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bantuan kepaa pesara kerajaan yang menerima bantuan sebanyak RM250

Kongi Perdana Menteri itu lagi, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Baca Juga: Bantuan Khas GKP RM3000

Penjawat awam yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan raya yang akan dibuat bersama dengan bayaran gaji bulan Mei, pada 6 Mei 2021 ini.Seramai 2 juta penjawat awam dan pesara dijangka mendapat manfaat daripada bantuan khas ini.

Pengumuman yang dibuat lebih awal berbanding tahun sebelum ini membuktikan sikap keprihatinan kerajaan sekarang dalam membantu penjawat awam membuat persiapan menjelang Syawal yang akan disambut pada pertengah bulan Mei nanti.

Harapan kerajaan agar pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara. Bantuan ini juga diharap menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan dedikasi.

Tahniah kepada semua penjawat awam yang layak menerima Bantuan Kewangan Aidilfitri kali ini. Akhir kata, berbelanjalah dengan penuh berhemah 🙂

One Reply to “Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam!”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge