doa qunut

Cara Baca Doa Qunut Nazilah.

Qunut pada asasnya merupakan suatu doa. Qunut nazilah merupakan doa yang dibaca ketika solat semasa sesuatu bencana berlaku. Imam-imam di masjid-masjid digalakkan untuk membaca doa qunut nazilah ketika melaksanakan setiap solat fardhu berjemaah.

Terdapat dua jenis bacaan doa qunut iaitu Qunut Ratibah yang sering dibaca ketika solat Subuh pada iktidal rakaat kedua dan semasa solat sunat witir bermula pertengahan bulan Ramadan.

Satu lagi dikenali sebagai Qunut Nazilah. Inilah doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya melibatkan Muslim

Qunut nazilah boleh dibaca sama ada secara individu atau berjemaah.

Tujuan Bacaan Doa Qunut Nazilah

Tujuan bacaan Doa Qunut Nazilah adalah untuk membantu dan mendoakan saudara-saudara Muslim yang terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Diharuskan untuk kita membaca Qunut Nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci Islam dan Muslim secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.

Cara untuk membaca Qunut Nazilah Dengan Betul.

Berikut merupakan tatacara yang anda boleh ikut.

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Rukuk untuk iktidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk Iktidal.

Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Nazilah

“Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon pertolongan-Mu, memohon keampunan-Mu, kami memohon petunjuk dari-Mu, kami beriman kepada-Mu, dan kami berserah kepada-Mu, dan kami memuji-Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri-Mu, dan kami melepaskan diri dari orang yang derhaka terhadap-Mu.

Ya Allah! Hanya kepada-Mu kami menyembah, kepada-Mu kami bersolat dan sujud, kepada-Mu jualah kami bersegera datang dan kepada-Mu kami bergegas. Kami mengharapkan rahmat-Mu dan kami takut akan azab-seksa-Mu; Sesungguhnya azab-seksa-Mu yang sebenar pasti akan menimpa orang-orang kafir.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah! Selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Dikau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindar-kannya melainkan Dikau, ya Allah!

Ya Allah! Limpahkanlah selawat-Mu ke atas hamba-Mu dan rasul-Mu Muhammad, keluarga dan kesemua para sahabatnya.”

Doa Qunut Nazilah

Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Nazilah.

Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.

  • Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.
  • Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge