hibah tabung haji

Cara Buat Tuntutan Pusaka Bagi Akaun Tabung Haji (TH) Yang Tiada Penama.

Ramai waris yang buntu apabila waris mereka yang meninggal dunia (ibu bapa atau adik-beradik) tetapi akaun Tabung Haji mereka tiada penama. Ianya tidak menjadi masalah sekiranya mereka ada membuat penamaan sebelum meninggal dunia.

Tabung Haji juga memberi pilihan kepada pendeposit untuk memilih samada ingin mendaftar Penamaan, Hibah Amanah atau Hibah Amanah dan penamaan.

Apa yang waris perlu lakukan sekiranya waris ingin membuat tuntutan pusaka ke atas akaun Tabung Haji pemilik akaun yang telah meninggal dunia tanpa sebarang penamaan?

Jika Wang Simpanan RM1000 Dan Ke Bawah

  1. Surat Kuasa/Perintah tidak diperlukan
  2. Waris yang berhak berdasarkan dokumen pengenalan diri dan pertalian dengan si mati.
  3. Waris yang menuntut perlu melengkapkan Borang JP005
  4. Waris yang lain perlu melengkapkan Borang JP006 sebagai persetujuan

Jika Wang Simpanan Melebihi RM1000 Dan Ke Atas

  1. Waris/pihak lain perlu mengemukakan salah satu Surat Kuasa Perintah daripada institusi berikut:
  • Mahkamah Syariah; atau
  • Mahkamah Sivil; atau
  • Pejabat Tanah/Daerah (Bicara Kecil); atau
  • Amanah Raya Berhad (Pentadbir Pusaka)

Sekiranya terdapat lebih daripada seorang waris/pihak lain di dalam Surat Kuasa/Perintah tersebut, semua waris/pihak lain perlu membuat tuntutan sama ada melengkapkan borang JP005 atau JP006 untuk mewakilkan waris lain/pihak lain.

Soalan Berkaitan

Soalan: Adakah nama yang kita bagi semasa buka akaun / update akaun dikira sbg penama/waris yg akan terima duit, atau hanya sbg wasi/pentadbir/pemegang amanah?

Jawapan:

Penama yang dilantik adalah merupakan Pentadbir/Pemegang Amanah sahaja dan bertanggungjawab untuk mengagihkan baki akaun simpanan TH Pendeposit kepada waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan: Bolehkah penama kedua membuat urusan pengeluaran sekiranya penama pertama tidak dapat hadir?

Jawapan:

Sekiranya ada penama, penama pertama perlulah mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka (Borang JP005) sebagai pemegang amanah dan penama kedua akan mengisi Borang Akuan Waris Pengeluaran Pusaka (Borang JP006).

Walaubagaimanapun, tuntutan pusaka boleh dilakukan oleh penama kedua/waris yang berhak mengikut hukum syarak sekiranya penama pertama melengkapkan Borang Akuan Waris Pengeluaran Pusaka (Borang JP006) bagi memberi kebenaran kepada penama kedua membuat tuntutan. Seterusnya penama kedua perlulah mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka (Borang JP005) bagi melengkapkan permohonan ini.

Soalan: Ibu saya baru saja meningal beberapa mingu lepas dan terapat anggaran rm800 di dalam baki akaun beliau. Saya seorang anak lelaki sahaj dari tiga beradik. Apakah harus saya buat untuk lakukan tuntutan?

Jawapan:

Untuk makluman, waris disarankan hadir ke kaunter TH untuk membuat semakan penama dalam akaun TH arwah. Bawa bersama Sijil Kematian pendeposit (arwah) untuk pengesahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge