
Cara Kira Nafkah Anak
Hari ini, perkara tentang nafkah anak selepas berlaku penceraian rumahtangga menjadi topik hangat yang sering dibincang dan dijadikan bahan perdebatan.
Susulan kisah tuntutan nafkah anak oleh pelakon Rita Rudaini dan terkini kisah tuntutan oleh bekas isteri Dato Dr Nazri Khan (DDNK), membuka mata orang ramai tentang isu ini.
Ramai yang masih belum mengetahui cara dan bagaimana membuat tuntutan nafkah anak. Berapakah jumlah yang perlu disediakan untuk nafkah anak-anak? Siapakah yang patut menyediakan nafkah anak-anak?
Di bawah ini kami kongsikan beberapa info berkaitan nafkah anak-anak untuk rujukan bersama.

Apa Itu Nafkah?
Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang- orang yang di bawah tanggungannya.
Ini termasuklah keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke Atas Nafkah Anak-anak?
Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.
Walaupun hak jagaan anak jatuh kepada bekas isteri, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak-anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan nafkah anak.
Tuntutan Nafkah Anak boleh dibuat apabila seorang bapa:
- Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya;
- Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya;
- Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah; atau
Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, memerintahkan seseorang bapa untuk membayar nafkah anaknya:
- jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah dengan munasabah bagi anak dan/atau isterinya;
- jika dia telah meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya itu adalah dalam penjagaan isterinya;
- dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri di mahkamah; atau
- apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan 9 anak itu dalam jagaan seseorang lain.
Cara Kira Jumlah Nafkah Anak.
Tiada formula spesifik yang digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah Nafkah Anak, namun Mahkamah akan menetapkan jumlah Nafkah tersebut berdasarkan keperluan asas anak iaitu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, insurans dan pelajaran.

Manakala, perbelanjaan tahunan termasuklah perbelanjaan hari raya, yuran persekolahan, yuran pengajian dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
Di samping itu, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan dan tanggungan bapa juga diambil kira.
Namun, sekiranya pihak-pihak boleh bersetuju dengan amaun yang ditetapkan bersama, ianya tidak menjadi masalah dan keputusan boleh dibuat berdasarkan budibicara bersama.
Pelaksanaan Nafkah Anak boleh dibuat secara pembayaran terus oleh bapa atau melalui potongan gaji/penahanan pendapatan.
Tempoh Pemberian Nafkah Anak.
Pada umumnya perintah Nafkah Anak berkuatkuasa sehingga anak berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh pada bila-bila masa untuk mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Mahkamah berdasarkan Permohonan mana-mana pihak jika terdapat salah pernyataan, kesilapan fakta atau perubahan hal keadaan.
Cara Fail Tuntutan Nafkah Anak Di Mahkamah Syariah.
Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat pemohon bermastautin.
Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.
Tahukah Anda?
Harta suami atau bekas suami yang culas membayar nafkah boleh disita atau dilelong, malah akaun mereka juga boleh dibekukan manakala pendapatan mereka ditahan.
Rujukan: JomTanyaPeguan || PeguamSyarie.Com || JBG
Kalau ramai anak daripada ramai isteri, kena buat kiraan-kiraan bersama ni kan
Geng Borak recently posted…8 Ciri-ciri Pasangan Serasi dan Sejati
Terima kasih kongsi info