cara berdoa

Cara Solat Dan Doa Dhuha

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Mengerjakan Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan dan mempunyai banyak kelebihan buat mereka yang mengerjakannya.

Cara solat dhuha dapat dikerjakan adalah sama sepertimana solat-solat sunat yang lain. Ia dimulakan dengan niat, bacaan al-fatihah, diikuti dengan surah pada rakaat pertama dan kedua kemudian ditamatkan dengan salam. Sekiranya ingin menambah bacaan, digalakkan melafazkan bacaan doa dhuha selepas tamat menunaikan solat dhuha.

Baca Juga: Doa Dijauhi Fitnah

Kenapa Penting Solat Dhuha?

Sembahyang sunat dhuha ini amat digalakkan kerana ia merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki.

Selain itu, menunaikan solat sunat dhuha dapat memberikan ketenangan dalam diri dan memperoleh keampunan daripada Allah SWT.

Bilangan Rakaat

Bilangan rakaat sembahyang dhuhanya boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dan 1 salam, empat rakaat dan 2 salam, enam rakaat dan 3 salam, lapan rakaat dan 4 salam atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam (mengikut kemampuan)

Lafaz Niat Solat Dhuha

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah.

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Rakaat Pertama

  1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Membaca surah Al-Fatihah
  4. Dianjurkan membaca surah Asy-Syams (atau surah Al-Kafirun)
  5. Rukuk dan Iktidal
  6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

  1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Membaca surah Al-Fatihah
  3. Dianjurkan membaca surah Ad-Dhuha (atau surah Al-Ikhlas)
  4. Rukuk dan Iktidal
  5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
  6. Duduk Tahiyyat Akhir
  7. Memberi salam
  8. Membaca doa solat sunat dhuha

Bacaan Doa Dhuha

Maksudnya:

Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah.  Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Waktu Solat Sunat Dhuha

Terdapat dua kaedah dalam mengira waktu Dhuha iaitu seperti berikut:-

1.Kaedah menentukan waktu Dhuha ialah dengan waktu Syuruk ditolak dengan waktu solat Subuh, kemudian dibahagi tiga dan seterusnya ditambah 15 minit sebagai Ihtiyati (berhati-hati).

Contoh

Waktu Subuh : 5.41 pagi

Waktu Syuruk : 7.04 pagi

7.04 pagi – 5.41 pagi = 123 minit

123 minit ÷ 3 = 41 minit

7.04 pagi + 41 minit = 7.45 pagi

7.45 pagi + 15 minit (Ihtiyati) = 8.00 pagi

Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah pada jam 8.00 pagi

2. Menentukan waktu Dhuha ialah dengan menambahkan 25 minit lagi selepas waktu Syuruk

Contoh

Waktu Syuruk : 7.04 pagi

7.04 pagi + 25 minit = 7.29 pagi

Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah jam 7.29 pagi

Waktu Dhuha melaksanakan solat sunat tamat setengah jam sebelum waktu Zuhur.

Selamat beramal. Mohon kongsikan artikel ini untuk manfaat lebih ramai.

One Reply to “Cara Solat Dan Doa Dhuha”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge