elak fitnah

Doa Dijauhi Fitnah Dan Keburukan

Fitnah adalah kata dusta atau kenyataan yang tidak benar dan disebarkan dengan niat menjatuhkan seseorang. Ada pepatah menyebut, “Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh”.

Apa maksud fitnah? Menurut tafsiran Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, fitnah adalah tuduhan, khabar, kisah atau seumpamanya yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang lain.

Ini adalah satu gambaran spesifik dalam kalangan masyarakat kita yang bertepatan nukilan Ibn Hajar dalam Kitab Fathul Bari yang menyebut bahawa: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka”.

Biasanya, sebab seseorang melakukan fitnah bertujuan mencetuskan kekacauan, menjatuhkan seseorang, merampas harta, menyakiti seseorang, menghalang mangsa fitnah dari jalan Allah SWT dan melakukan kemusyrikan.

Bagi mengelakkan fitnah dilemparkan kepada kita, umat Islam digalakkan untuk mengamalkan doa dijauhi fitnah dan segala keburukan.

Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:

الفِتْنَةُ نَائِمَةٌ لَعَنَ اللهُ مَنْ أَيْقَظَهَا

MaksudnyaFitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.

Doa Elak Fitnah

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:

يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

MaksudnyaWahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.

Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi dalam
Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ

MaksudnyaYa Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.

Riwayat al-Tirmizi (3233)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ

MaksudnyaYa Allah! Sesungguhnya kami jadikan Kamu sebagai benteng pada leher-leher mereka dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.

Riwayat Abu Daud (1537)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Ibn Abbas R.Anhuma:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

MaksudnyaTiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.

Riwayat al-Bukhari (6345) dan Muslim (2730)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Anas R.A:

اللَّهُمَّ أَنْتَ عَضُدِي وَأَنْتَ نَصِيرِي وَبِكَ أُقَاتِلُ

MaksudnyaYa Allah! Engkaulah kekuatanku dan Engkaulah penolongku dan dengan-Mu aku berperang.

Riwayat al-Tirmizi (3584)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Sa’ad bin Abi Waqqas R.A:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

MaksudnyaTidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)

  • Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ

MaksudnyaYa Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.

Riwayat Abu Daud (5090)

Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.

Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]

Rujukan: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

One Reply to “Doa Dijauhi Fitnah Dan Keburukan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge