
Gaji di Malaysia “Underpaid” atau Kerja di Jepun “Overpaid”?
Isu tangga gaji yang terlalu rendah di Malaysia bukanlah isu sebulan dua ini. Ianya telah dibangkitkan sejak sekian lama. Pelbagai usaha oleh pihak kerajaan dan NGO dijalankan untuk mengatasi isu ini, namun masih menemui jalan buntu yang sama.
Jadi tidak hairanlah, ramai graduan Universiti luar negara ‘enggan’ pulang mencurah khidmat bakti di negara sendiri. Kalau ada pun, beberapa kerat sahaja. Dan ada juga yang pulang, tetapi terpaksa menukar bidang. Contohnya, bekerja sebagai jurutera di Jepun tetapi selepas pulang ke Malaysia, mencari pendapatan dengan menjadi penjual insuran atau bekerja di bahagian customer service.
Belum lagi kita berdiskusi tentang anak muda yang sanggup ‘curi-curi’ masuk ke Korea atau Australia untuk bekerja di ladang-ladang di sana. Kenapa tidak sahaja bekerja di ladang sawit di Malaysia?

Bukan tidak ada graduan Malaysia di luar negara yang ingin pulang menabur bakti di tanah air tercinta. Ada..
Namun, ramai menangguh hasrat ini apabila membuat perbandingan bakal gaji yang mereka bakal perolehi apabila bekerja di Malaysia.
Kami kongsikan di bawah ini kisah seorang anak muda, Ahmad Sabri yang menetap di Jepun lebih 10 tahun dan sedang mengintai peluang pekerjaan di Malaysia.
Baru-baru ini, beliau telah cuba mencari kerja di Malaysia.
Namun beliau terkejut apabila meneliti “requirements” yang diperlukan untuk posisi “engineer”. Job scope untuk posisi ini terlalu luas.
Namun, gaji yang ditawarkan hanyalah RM2,500/bulan.
Kawasan kerja di Puchong. Di mana kos sara hidup yang agak tinggi walaupun di pinggir bandar.
Kos pengangkutan, tol, minyak dan parking pula perlu ditanggung sendiri. Ditambah dengan syarat “kena ada kenderaan sendiri” pula di mana menelan kos sekitar RM300/sebulan.
Kira-kira, bersih selepas tolak kos kenderaan, pengangkutan , cukai, insurans, KWSP adalah sekitar RM 1500 sahaja. Belum tolak sewa rumah, makan lagi. Tolak sewa rumah, tinggal dalam RM 1,000.
Pandangan pertama, beliau sudah dapat membuat kesimpulan yang Pekerja di Malaysia UNDERVALUED

Lepas tu beliau bandingkan pula cari kerja di Jepun.
Gaji melebihi RM20,000 sebulan. Kos pengangkutan pula ditanggung syarikat.
Bersih sekitar RM18-19,000 sebulan lepas tolak cukai, insurans dan KWSP.
Sewa rumah di Jepun sekitar RM2000-3000.
Pendapatan bersih selepas ditolak sewa rumah, cukai, insurans, caruman pekerja, kos pengangkutan adalah sekitar RM 15,000-17,000 sebulan.
Kesimpulan pertama, skop kerja di Jepun adalah lebih kecil, tetapi gaji jauh lebih besar.

Persoalannya, adakah gaji di Malaysia underpaid ataupun kerja di Jepun overpaid?
Pada pendapat Ahmad Sabri, pekerja professional di Malaysia sangat underpaid. Engineer hanya gah pada nama, bukan pada kewangan.
Ditambah lagi dengan skop kerja pelbagai. Kadang-kala macam terlalu ridiculous. Gaji ditawarkan rendah, tapi expectation tinggi.
Terlalu ramai rakan-rakan beliau yang belajar di Jepun bersama dan pulang ke Malaysia terpaksa tukar bidang. Lari keluar dari bidang kejuruteraan.
Setakat yang beliau tahu, Gaji paling tinggi graduan Jepun yang ditawarkan jawatan jurutera oleh syarikat di Malaysia hanyalah sekitar RM 3,500 sebulan.
Dengan kenaikan gaji vs kenaikan sara hidup, ramai yang lari ke bidang customer service. Dengan hanya menggunakan kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah RM 8,000 sebulan.
Kerja lebih mudah, gaji lebih tinggi. Siapa tak nak kan?
Siapa nak bekerja di Jepun?
Basically kena pandai cakap Jepun sebab kebanyakan orang Jepun tak fasih berbahasa lain selain bahasa Jepun. Japanese Language Proficiency Test (JLPT) N2 dah cukup untuk anda berkomunikasi dengan orang Jepun.
Ikhlas dari,
AHMAD SABRI
Pemastautin Jepun berbelas tahun
