Site icon Lima Minit

Gambar Merisik Neelofa Dan PU Riz Dipadam. Status Pertunangan Jadi Pertanyaan.

Neelofa bertunang

Awal bulan lepas, peminat bahagia apabila dikhabar Neelofa melangsungkan pertunangan dengan PU Riz. Namun, selepas hampir 2 bulan, peminat tertanya-tanya tentang status pertunangan Neelofa dan PU Riz.

Adakah Neelofa dan PU Riz putus tunang? Ini menjadi pertanyaan ramai peminat apabila mendapati adik-beradik Neelofa mula “unfollow” PU Riz di laman media sosial mereka.

Menurut perkongsian murai.com , di laman Twitter ketika ini, rata-rata netizen mula membuat spekulasi mengenai Neelofa dan PU Riz selepas adik-beradik selebriti itu memuatnaik perkongsian yang sama di laman Insta-story mereka.

Status Adik-Beradik Neelofa

“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)” kongsi ketiga-tiga mereka di Insta Story sebentar tadi

Perkongsian sama oleh Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan seakan-akan memberi jawapan kepada persoalan terkini. Ianya merujuk kepada sikap sebenar seseorang itu selain turut berkongsi doa yang meminta perlindungan daripada perkara-perkara yang buruk.

Lebih menjadi pertanyaan ramai peminat apabila mendapati foto ketika majlis merisik pada November lalu sudah tidak dipapar di laman Instagram mereka.

Sehingga saat ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Dalam masa yang sama peminat turut berharap semuanya baik-baik dan mengharapkan yang terbaik buat hubungan pertunangan Neelofa dan PU Riz.

Exit mobile version