
Halalkah Melakukan Pembedahan Hidung Untuk Menjadikan Hidungnya Mancung.
Pernah ada kawan yang melakukan pengubahsuaian bentuk badan untuk menjadikannya lebih menarik? Contohnya, orang yang hidungnya tidak mancung kemudian melakukan pembedahan untuk menjadikan hidungnya mancung.
Apa hukumnya melakukan modifikasi seperti ini di sisi syarak? Halalkah?

Hukum melakukan perubahan pada tubuh badan melalui pembedahan kerana tujuan kecantikkan seperti memancungkan hidung dan menipiskan bibir dan membesarkan punggung dan mengecilkan pinggang dan membesarkan buah dada dan membesarkan pipi dan seumpamanya adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.
Berkata Dr Wahbah Zuhaili :
وتحرم أيضاً عمليات التجميل النسائية التي يُراد بها تصغير المرأة الكبيرة (عمليات الشدِّ) ؛ روى أحمد عن عائشة رضي الله عنها قالت:كان النبي ﷺ يلعن القاشرة المقشورة، والواشمة والموشومة، والواصلة والموصولة». وروى أحمد أيضاً عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله ﷺ ينهى عن النامصة ، والواشرة ، والواصلة ، والواشمة إلا من داء» .
Artinya : “Dan haram juga melakukan perbuatan mencantikkan perempuan yang dikehendaki dengannya mengecilkan bahagian badan yang besar. Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya :
Adalah Nabi saw melaknat perempuan yang mengubah muka dan yang diubah mukanya dan yang membuat tattoo dan yang ditatoo dan yang menyambung rambut dan yang disambungkannya.
Telah meriwayatkan juga oleh Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata ia : Aku telah mendengar Rasulullah saw melarang dari mencabut bulu kening dan mengikir gigi dan yang menyambung rambut dan yang membuat tattoo melainkan kerana berubat.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Dan keputusan Majma’ Fiqah Islami pada tahun 2007 bersamaan 1428H :
لا يجوز إجراء جراحة التجميل التحسينية التي لا تدخل في العلاج الطبي ويُقصد منها تغيير خلقة الإنسان السويّة؛ تبعا للهوى والرغبات بالتقليد للآخرين ، مثل عمليات تغيير شكل الوجه للظهور بمظهر معين، أو بقصد التدليس وتضليل العدالة ، وتغيير شكل الأنف، وتكبير أو تصغير الشفاه، وتغيير شكل العينين وتكبير الوجنات
Artinya : “Tidak harus melakukan pembedahan kerana kecantikan yang tidak masuk di bawah hukum berubat yang bertujuan mengubah kejadian manusia yang asal kerana mengikut nafsu dan gemar mengikut orang lain seperti operasi mengubah bentuk muka kerana keterampilan yang tertentu atau niat menipu dan memperdaya dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir mulut dan mengubah bentuk mata dan membesarkan pipi.”
Kesimpulannya jika pembedahan yang dilakukan itu adalah kerana berubat seperti hidung terputus atau muka terbakar atau bibir terkoyak atau jari terputus dan seumpamanya maka hukumnya adalah harus.
Ada pun pembedahan memancungkan hidung yang tidak mancung supaya nampak cantik atau mengecilkan hidung yang besar maka hukumnya adalah haram dan dilaknat akan dia dan sekelian yang terlibat melakukan pembedahan tersebut turut berdosa.
Kredit: IG @uaioriginal
hidung mancung tinggi idaman mereka. bersyukur apa yang ada
Geng Borak recently posted…Mohon Segera | 35,000 Peluang Kerja Kosong Sektor Awam