HUKUM TIPU MARKETING

Hukum Ubah Harga Untuk Perdaya Pelanggan & Tipu Untuk Marketing

Minggu ini, umat Islam di seluruh dunia sudah berpuasa separuh daripada bulan Ramadan. Bermakna, ada lagi separuh bulan untuk umat Islam melengkapkan rukun Islam ke-3 pada tahun ini dan seterusnya menyambut hari lebaran hari raya.

Pada minggu ini juga, ramai yang sudah mula melakukan persiapan Hari Raya. Premis perniagaan dan Bazar Raya mula melakukan jualan hebat bagi menarik lebih ramai pelanggan membeli baju raya dan juga persiapan lain. Masing-masing teruja untuk menyambut hari lebaran setelah dua tahun tidak dapat berhari raya bersama keluarga.

Namun, dalam bersemangat membuat persiapan raya, ada yang berkongsi cerita kurang enak apabila mendakwa peniaga mengambil persiapan melakukan jualan tanpa mengikut etika sebenar. Ada yang mengubah harga barangan untuk memperdayakan pelanggan.

Contohnya, pada hari biasa sebelum musim perayaan, harga baju berharga RM100 pada tanda harga. Apabila tiba musim perayaan, tanda harga diubah menjadi RM200 dan dipotong menjadi harga akhir RM100. Dari mata kasar, seolah-olah tiada penipuan berlaku. Peniaga seolah-olah memberi diskaun sebanyak 50% iaitu satu tawaran yang sangat menarik.

Komen Ustaz Azhar Idrus Tentang Peniaga Perdaya Harga Barang.

@amirtajuddeinz

Pesanan untuk kita semua………………. #ustazazharidrus #pesananustaz

♬ original sound – amirtajuddeinz – amirtajuddeinz

Pelanggan terpedaya dengan strategi sebegini.

Adakah diboleh peniaga melakukan tipu helah sebegini?

Hukum strategi perniagaan sebegini adalah HARAM. Perbuatan sebegini menyamai menipu dalam urusan jual beli.

Bukankah Ini Marketing Dalam Melariskan Jualan?

Pemasaran atau marketing merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi kehendak dan keperluan melalui proses pertukaran.

Menurut Business Dictionary, pemasaran merangkumi empat perkara utama:

  • Penentuan, pemilihan dan pengembangan sesebuah produk.
  • Penentuan harga barang.
  • Pemilihan saluran untuk mempromosikan barang dan sampai kepada pelanggan.
  • Pengembangan dan perlaksanaan strategi pemasaran

Hari ini, pelbagai kaedah dan teknik pemasaran dicipta demi mencapai matlamat penjual iaitu memperkenalkan produk mereka sekaligus merangsang pelanggan untuk membeli produk mereka.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ 

MaksudnyaDan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:

  • Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
  • Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
  • Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang dilarang serta memberi kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin. Sama-sama kita sebarkan perkara ini kepada kedua-dua pihak sama ada penjual atau pembeli. Hanya dengan ilmu sebegini dapat mengelakkan diri daripada diperdaya.

Sumber asal: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Hukum Menipu Untuk Tujuan Marketing

One Reply to “Hukum Ubah Harga Untuk Perdaya Pelanggan & Tipu Untuk Marketing”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge