bayaran interim RM1000 Isinar

iSinar Bayaran Interim RM1,000 Bermula 26 Januari

Bayaran interim bagi permohonan iSinar di bawah Kategori 2 sebanyak RM1,000 daripada jumlah keseluruhan akan dibayar bermula 26 Januari 2021.

Bayaran interim ini adalah bayaran awal kepada pemohon iSinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) .

Tujuan utama pembayaran interim ini dilakukan untuk membantu meringankan beban para pencarum yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan mereka yang turut terjejas akibat banjir. Ini adalah inisiatif yang baik kerana para pencarum dapat menggunakan wang tersebut bagi keperluan asas sementara menunggu wang yang dijangka akan diterima pada bulan seterusnya.

Pencarum perlu membuat pengisytiharan kendiri dengan memuat naik dokumen sokongan di lama i-Sinar bagi mempercepat dan mempermudahkan pembayaran RM1,000wang interim tersebut.

Syarat Kelayakan RM1,000 Bayaran Interim iSinar

Tidak semua pencarum KWSP layak mendapat kemudahan iSinar. Syarat kelayakan bagi pencarum yang ingin memohon kemudahan I-Sinar bagi Kategori 2 seperti berikut:

  • Pencarum KWSP yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
  • Mempunyai baki minima sekurang-kurangnya sebanyak RM100 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon.

CONTOH SITUASI PENGELUARAN INTERIM i-SINAR RM1000

Untuk lebih memahami tentang bagaimana bayaran interim iSinar Kategori 2 dilakukan, sila rujuk contoh di bawah :

SITUASI 1 (INTERIM i-SINAR RM1000)

Shuk Sahar merupakan seorang pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Beliau telah memilih untuk membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memilih pembayaran pertama sebanyak RM5,000.

Oleh itu, berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Shuk Sahar adalah seperti berikut:

  • Amaun Pembayaran Interim RM1,000
  • Amaun Pembayaran Pertama RM4,000
  • Amaun Pembayaran Kedua RM1,000
  • Amaun Pembayaran Ketiga RM1,000
  • Amaun Pembayaran Keempat RM1,000
  • Amaun Pembayaran Kelima RM1,000
  • Amaun Pembayaran Keenam RM1,000
  • Jumlah Layak Dimohon RM10,000

SITUASI 2 (INTERIM i-SINAR RM1000)

Fara Salleh merupakan seorang pekerja dan mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan beliau juga ingin memohon kemudahan pengeluaran I-Sinar.

Jumlah wang Akaun 1 beliau adalah RM800 dan beliau ingin membuat pengeluaran I-Sinar sebanyak RM700.

Berdasarkan pelaksanaan pembayaran interim, jadual pembayaran Fara Salleh adalah seperti berikut:

  • Amaun Pembayaran Interim RM700
  • Amaun Pembayaran Pertama Tiada
  • Jumlah Layak Dimohon RM700

Cara Memohon dan Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan i-Sinar Kategori 2.

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.
  2. Isikan no. kad pengenalan/no. PR dan telefon bimbit anda.
  3. Klik butang ‘Teruskan.’
  4. Isikan no. OTP yang diterima melalui SMS ke telefon bimbit anda dan klik butang ‘Sahkan.’
  5. Jawab soalan keselamatan untuk pengesahan (jika ada).
  6. Tetapkan akaun pilihan anda.
  7. Tetapkan bayaran bulan pertama dan klik ‘Teruskan.’
  8. Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul.
  9. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan butang ‘Teruskan.’
  10. Muat naik dokumen sokongan.
  • Slip/Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan;
    Pendapatan tertinggi dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
    DAN
    Slip/Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan;
    Pendapatan bulan semasa atau satu bulan terdahulu (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus)
    DAN
  • Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa;
    ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank.

11. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran sebelum menanda tanda ‘betul’ pada kotak yang disediakan dan klik ‘Hantar.’

12. Paparan akan menunjukkan permohonan anda diterima dan diproses.

13. Proses Verifikasi Permohonan

14. Bagi pencarum yang telah memohon dan memuat naik dokumen sokongan, pembayaran interim i-Sinar akan dilakukan pada 26 Januari 2021.

15. Pencarum yang belum belum memuat naik dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari daripada tarikh permohonan diterima.

16. Selepas permohonan pencarum disahkan dan diluluskan, pihak KWSP akan melalukan pembayaran tersebut.

17. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak dimuat naik, KWSP berhak memberhentikan pembayaran seterusnya.

Perlu diberi perhatian, tanpa dokumen sokongan, permohonan anda tidak dapat diproses sepenuhnya. Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Semakan Duit Interim RM1,000 i-Sinar

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

  • i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan
  • i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran; atau

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/

One Reply to “iSinar Bayaran Interim RM1,000 Bermula 26 Januari”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge