kad touc n go NFC

Kad Touch ‘n Go Generasi Baru Dengan Sokongan NFC Mula Dijual

Selepas pelaksanaan bayaran tol tanpa tunai di kebanyakan tol-tol lebuhraya Malaysia, ramai pengguna mengeluh untuk ‘top-up’ kad Touch ‘n Go yang agak melecehkan. Kini, pihak Touch ‘n Go dalam persiapan untuk memperkenalkan kad dengan teknologi terkini yang hadir dengan sokongan NFC. Dengan ini, para pengguna tidak perlu lagi beratur di tol tambah-nilai atau kiosk, tambah-nilai boleh terus dilakukan melalui Touch ‘n go eWallet.

Pihak Touch ‘n Go sudah mula menjual kad terbaru Touch ‘n Go ini dengan harga RM10 sekeping.

Apa Itu NFC ?

NFC adalah ringkasan bagi terma Near-Field Communication, sebuah teknologi yang membolehkan telefon pintar anda berhubung dengan sesebuah peranti lain secara jarak dekat.

Boleh dikatakan sebahagian besar telefon pintar keluaran terbaru hadir dengan sokongan NFC ini. Malangnya, tidak ramai yang pernah mengaktifkannya walaupun sekali.

Seperti yang dikatakan lebih awal, fungsi ini membolehkan pemindahan fail dilakukan di antara dua peranti yang berhampiran.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu mengaktifkan fungsi NFC, buka mana-mana fail yang ingin dihantar, dan sentuhkan panel belakang peranti penghantar dan penerima.

Kad Touch ‘n Go Generasi Baru Mula Dijual

Melalui semakan Amanz.my, hab Touch ’n Go telah mula menjual kad ini kepada pengguna yang mencari kad Touch ’n Go baharu. Namun, menurut perkongsian jurujual di sana, ciri tambah-nilai secara NFC menggunakan aplikasi TNG eWallet dijangka mungkin hanya aktif sekitar bulan Mei kelak.

Kini, pengguna boleh menggunakan iPhone atau telefon Android dengan sokongan NFC untuk melakukan tambah-nilai pada kad. Anda hanya perlu melakukan pemilihan nilai kredit yang ingin ditambah, dan seterusnya menyentuh kad TNG generasi baharu ini pada bahagian NFC di telefon untuk tambah nilai.

Langkah ini sekaligus akan memudahkan anda melakukan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk TNG. Kami pasti, dengan kaedah terkini ini dapat memberi kelegaan kepada ramai pengguna Touch ‘n Go.

2 Replies to “Kad Touch ‘n Go Generasi Baru Dengan Sokongan NFC Mula Dijual”

Leave a Reply