north korea flag

“Malaysia Akan Terima Akibat”- Korea Utama

Malaysia diberi peringatan keras oleh Korea Utara ekoran tindakan kerajaan Malaysia yang melibatkan warganegara republik berpaksikan fahaman komunis itu. Peringatan ini disampaikan oleh Konsulat Kedutaan Korea Utama, Kim Yu Song.

Pesanan Kasar Korea Utara Kepada Malaysia

Pesanan ‘kasar’ Korea Utara ini disampaikan khas oleh Yu Song sebelum keluar meninggalkan pejabat kedutaan Korea Utara di Malaysia.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol Myong atas dakwaan melakukan penggubahan wang haram. Proses pengekstradisian itu telah menghancurkan seluruh asas hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara yang dibina atas dasar kedaulatan.

Korea Utaaa tidak berpuas hati dengan tindakan meletakkan warganegara mereka yang dikatakan tidak bersalah dan secara membuta tuli berpihak kepada musuh utama negara mereka iaitu Amerika Syarikat.

Baca Juga: Siapa Kim Yo Jong Korea Utara?

Konspirasi Anti-Korea Utara

Korea Utara turut mendakwa ini adalah hasil nyata daripada konspirasi anti-Korea Utara yang dibuat dari dasar keji oleh Amerika Syarikat.

“Pihak berkuasa Malaysia akan memikul sepenuhnya tanggungjawab terhadap kesan yang bakal dihadapi akibat daripada tindakannya susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara,”- Kim Yu Song


Sementara itu, pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara itu telah mengosongkan bangunan itu pada pagi Ahad lepas. Langkah ini diambil selepas kerajaan Malaysia memberi tempoh selama 48 jam kepada mereka untuk meninggalkan negara. Kesemua pekerja kedutaan dan juga ahli keluarga mereka yang dianggarkan seramai 30 orang itu telah keluar dari pekarangan bangunan bersama dengan menaiki sebuah bas, manakala Yu Song dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.

Kronologi peristiwa penting dalam hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang.

1974 – Korea Utara membuka kedutaannya di Kuala Lumpur.

1995 – Malaysia mengadakan rundingan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat mengenai program nuklear negara itu.

2004 – Malaysia membuka kedutaannya di Pyongyang.

2009 – Permulaan hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Korea Utara. Rakyat Malaysia dibenarkan ke Korea Utara tanpa visa, kenaikan import Korea Utara dari Malaysia, rakyat Korea Utara tiba di Malaysia untuk bekerja, Air Koryo memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur.

2017 – 13 Februari, Kim Jong-nam, abang tiri Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2017 – 4 Mac, Duta Korea Utara Kang Chol diisytiharkan sebagai persona non grata dan diusir dalam tempoh 48 jam kerana memperlekeh siasatan pembunuhan itu, dua hari selepas itu kelonggaran lawatan tanpa visa untuk Korea Utara ditarik balik.

2017 – 7 Mac, Korea Utara menahan semua sembilan rakyat Malaysia di negara itu. Malaysia bertindak balas dengan melarang warga Korea Utara memasuki atau meninggalkan negara ini.

2017 – 30 Mac, semua rakyat Malaysia dan Korea Utara yang terkandas dibenarkan pulang ke negara masing-masing berikutan rundingan dan penghantaran balik mayat Jong-nam.

2018 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik, berkata Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyang dan mengakhiri ketegangan diplomatik. Namun, tidak ada perubahan dalam status quo itu.

2021 – 9 Mac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan ahli perniagaan Korea Utara, Mun Chol Myong daripada diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan pengubahan wang haram.

2021 – 19 Mac, Pyongyang mengumumkan akan menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur kerana keputusan mahkamah itu.

2021 – Malaysia bertindak balas dengan menyatakan amat kesal dengan keputusan Korea Utara dan menyifatkannya sebagai tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa. Malaysia berkata kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam. – BERNAMA

Sebab Sebenar Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia ??

Masih terlalu awal untuk membuat satu kesimpulan sebab hubungan Korea Utara dan Malaysia putus. Adakah benar Malaysia dikatakan menjadi ‘kambing hitam’ atas permusuhan Amerika Syarikat & Kore Utara?

Atau adakah disebabkan Malaysia dianggap mengganggu janaan dana bernilai jutaan USD dari ‘pasaran gelap’ ke Korea Utara? Anda boleh membaca artikel tentang ‘pasaran gelap’ Korea Utara di perkongsian Abdul Muein Abadi ini.

Persoalan sekarang, adakah ugutan Korea Utara tentang ‘akibat’ yang bakal diterima oleh Malaysia benar-benar menjadi kenyataan? Apakah ‘akibat’ itu? Adakah Korea Utara akan melancarkan peluru berpandu nuklear ICBM mereka ke negara kita? Apakah kemungkinan-kemungkinan lain?

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik oleh semua pihak yang terlibat. Lebih baik berdamai sahaja daripada rakyat menjadi mangsa. Setuju?

One Reply to ““Malaysia Akan Terima Akibat”- Korea Utama”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge