chef-amar

Pakar Pemasaran Ini Kongsikan 8 Strategi Pemasaran Chef Ammar Sehingga Pembeli Sanggup Beratur Panjang.

Mungkin Ramadan tahun ini menjadi tahun rezeki buat chef yang berasal dari Palestin. Nama Chef Ammar Ali sejak awal Ramadan kerap menjadi sebutan susulan pelbagai kejadian yang berlaku di kedai Nasi Arab Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Walau bagaimanapun, segala kesulitan yang berlaku diselesaikan oleh Chef Ammar dengan penuh berhemah.

Dalam ramai yang tertarik dengan juadah hidangan Chef Ammar, ada juga yang tertarik dengan kaedah pemasaran yang digunakan oleh team Chef Ammar.

Kami kongsikan di bawah ini, perkongsian oleh Pakar Pemasaran terkenal di Malaysia.

Orang bisnes macam saya ni tak terliur sangat tengok Nasi Arab Lamb Shank tu. Saya lebih terliur mengira berapa jumlah orang yang beratur tu.

Beberapa hari ni asyik lalu je kat feed Nasi Arab Lamb Shank Chef Ammar ni. Dah la nama pun sama, tak boleh tak tengok la kan support nama sendiri.

Bila asyik lalu, lalu dan lalu. Maka saya pun kaji sikit apa yg buat sampai orang beratur hari-hari sejak dari awal petang.So, ni pandangan saya.

Baca Juga: Hukum Tipu Untuk Pemasaran

1# Produk Yang Unik

Saya sendiri jarang dengar ada Nasi Arab Lamb Shank siap dengan telur Saffron. Cari 5-6 bazar kat Kajang Bangi pun takde jumpa nasi arab camni. Kalau nasi arab biasa tu banyak la. So, Chef Ammar ada produk USP yang bukan saja orang susah nak tiru, malah unik.

2# Unfair advantage – orang Arab

Chef Ammar gunakan sepenuhnya kelebihan beliau sebagai orang arab menghasilkan nasi Arab. Takde pulak dia gi jual Laksam ke, Kuih Akok ke kan. Saya tau restoran dia ada jugak serve steak tapi dia gunakan Nasi Arab sebagai killer dia kat bazar. Dalam strategy ni, dia orang Arab dan dia gunakan unfair advantage tersebut di bazar. Kalau orang Melayu jual Nasi Arab mesti tak boleh lawan advantage yg Chef Ammar ada ni.

3# Limited Supply

Kalau ikutkan boleh je Chef Ammar buka kedai dia juga sambil niaga kat bazar. Tapi dia tak buat gitu untuk pastikan limited supply. Kalau cust nak, datang bazar. Takde cara lain. Takde kat bazar Putrajaya ke Jalan TAR ke. Hanya di sesetengah bazar saja. (UPDATE: saya baru tau ada few bazar Chef Ammar). Sampaikan ada orang negeri lain pun datang beratur. Bila ada limited supply, maka akan buat lebih ramai orang beratur dan viral.

4# Produk Yang Bagus

Rata-rata orang cakap sedap. Saya tak pernah try lagi tapi kalau tak sedap, rasanya sehari dua je ramai beratur. Lepas tu orang dah tak beratur dah. Dengan pengalaman Chef Ammar dalam bidang kulinari, takde masalah dia nak hasilkan produk makanan yg bagus. Dia bukan chef yg jadi chef sebab masuk contest kan.

5# Personal Branding Bertahun Lamanya

Chef Ammar bukan baru ni femes. Lama dah orang kenal sejak masuk TV sebelum2 ni lagi. Nama dia tak perlu diperkenalkan. So dia dah buat personal branding ni dah bertahun. Sebelum kita pandai masak lagi. Dan dia konsisten. Bukan kejap jadi Chef, kejap jadi pelakon, kejap jual minyak wangi, kejap jual baju raya. Semua orang kenal dia sebagai Chef dan personal branding dia konsisten.

6# Elemen Emosi

Orang beli bukan sebab fakta tapi lebih kepada emosi. Kedai dia viral sebab emosi orang bergaduh masa beratur, emosi dia nangis bila kena kecam harga tel aviv, emosi staf dia kena marah. Semua elemen emosi ni akan menaikkan trust dan feel untuk orang nak beratur lagi panjang.

7# Bos Turun Padang

Walaupun level dia bos besar, dan Chef yg biasa kat dapur, tapi dia sendiri turun padang gi ciduk nasi. Orang suka camtu. Berapa ramai Chef yang turun padang kat bazar berjumpa dengan orang ramai? Benda ni boleh naikkan lagi trust orang. Kalau ikutkan dia boleh je bungkus siap2 1000 pack suruh staf dia bawak gi bazar n jual. Tapi tidak. Chef Ammar sendiri bawa team dia n ciduk sendiri panas-panas (ni apa yg saya nampak kat gambar n video la).

8# Aktif Di Media Sosial

Team dia menggunakan social media dengan baik. Orang amek video pun Chef Ammar sendiri respon. Berapa ramai Chef yg buat camtu? Zaman sekarang nak niaga kena aktif social media. Orang Arab yg cakap Melayu pun tak perfect, selamba je buat content Bahasa Melayu n aktif plak tu. Apa alasan kita untuk tak aktif social media.

Kesimpulan

Viral dan strategy marketing #nasiarabmandy lamb shank ni boleh dirancang dan bukan bergantung kat nasib jika plan, strategy, execution semua tu betul.

Walaupun kita berada di fasa harga barang semua melonjak naik, ekonomi menguncup, banyak dibuang kerja, tapi masih lagi tak ada masalah untuk belanja harga kayangan untuk berbuka Nasi Arab.

Dalam bisnes ini membuktikan, harga bukanlah faktor utama. Kalau strategy kita betul, letaklah harga berapa pun, orang tetap akan beratur.

Perkongsian ikhlas daripada Ammar Zahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge