Restoran SAS Rimba Langkawi

Peniaga Siakap RM1,1196.80 Gagal Lengkapkan Dokumen, Akan Didakwa

Peniaga siakap di Langkawi, Kedah yang tular pada awal bulan ini kerana menjual hidangan lebih RM1,000 didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sehubungan itu, peniaga berkenaan bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

Gagal Hantar Dokumen Perniagaan Lengkap

“Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di program lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong, Manir di sini, hari ini.

Baca Juga: Wakil Restoran Siakap Langkawi Jawab Isu Harga Mahal

Rosol berkata, tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

“Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

siakap mahal

Harga Tidak Pernah Berubah, Bukan Bukti Kukuh

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram (kg) di sebuah restoran baru-baru ini.

Kisah ikan siakap ‘kayangan’ itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis siasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

Kredit: HMetro

One Reply to “Peniaga Siakap RM1,1196.80 Gagal Lengkapkan Dokumen, Akan Didakwa”

Leave a Reply to selipar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge