Site icon Lima Minit

Penyakit X – Amal Gaya Hidup Sihat Sebagai Langkah Pencegahan

penyakit X

Penyakit X adalah nama yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sejenis patogen yang tidak diketahui dengan potensi untuk menyebabkan wabak di seluruh dunia.

Walaupun sifat dan waktu penyakit X masih belum dikenal pasti, dilaporkan pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan tentang impak penyakit berkenaan.

Penyakit X Lebih Berbahaya Daripada Covid-19, Berisiko Ragut 50 Juta Nyawa

Pakar kesihatan global menyuarakan kebimbangan penduduk memandang ringan Covid-19, dengan ancaman pandemik besar yang seterusnya semakin menghampiri.

Ketua Pasukan Petugas Vaksin United Kingdom, Dame Kate Bingham dalam kenyataannya media baru-baru ini berkata, dunia sudah boleh menarik nafas lega kerana Covid-19 bukan lagi pandemik, namun beliau memberi amaran bahawa wabak penyakit X mampu membunuh sekurang-kurangnya 50 juta nyawa manusia di seluruh dunia.

Digelar sebagai penyakit X oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

Mereka mengeluarkan amaran bahawa wabak Selesema Sepanyol yang dahsyat pada 1911 hingga 1920 mungkin setanding dengan kesan virus baharu ini. 

“Ia mungkin tercetus daripada jutaan virus yang belum dikesan dan boleh menjadi 20 kali lebih berbahaya berbanding koronavirus yang mengakibatkan 2.5 juta kematian,”The Mirror.

KKM Sentiasa Berwaspada

Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini.

Orang ramai di negara ini tidak perlu bimbang berlebihan dalam kenghadapi risiko penyakit X walaupun mereka penting mendapatkan maklumat berkaitan.

Langkah-langkah Pencegahan Sebelum Merebak

Exit mobile version