Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Bakal Diteruskan Semula

Apa itu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)? Mungkin ini persoalan yang bermain di minda anan-anak remaja hari ini.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

PLKN 3.0 adalah sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia. Program untuk anak muda lepasa sekolah ini mula dilaksanakan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara, dan memulakan program pada 2004.

Pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015, dan diperkenalkan semula pada 2016, dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019.

Walau bagaimanapun, program ini telah dimansuhkan pada 2018 apabila kerajaan persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan.

Selepas hampir 5 tahun PLKN dimansuhkan, hari ini, kerajaan bersetuju meneruskan semula menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih.

PLKN 3.0 Merangkumi 2 Fasa

Pelaksanaan PLKN 3.0 akan merangkumi dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat di sekolah menerusi badan beruniform.

Selepas itu, mereka yang selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilatih dan diambil (dalam) apa yang disebut sebagai latihan fasa kedua. Ini lebih kepada latihan disiplin dan ketenteraan.

Penggunaan kem tentera dan PULAPOL pula dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan ia juga membolehkan mereka mendapatkan situasi sebenar ketenteraan dan kepolisan. Dalam 45 hari latihan ini, 90 peratus daripada modul adalah untuk latihan sebagai anggota tentera dan 10 peratus latihan kewarganegaraan.

Selepas pelatih menamatkan latihannya, mereka akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis.

Selepas berakhir fasa dua, mereka akan disambut oleh pertahanan awam, polis dan tentera. Mereka yang mahu masuk tentera akan diserapkan sebagai anggota tetap dan mereka akan jalani latihan asas dan rekrut semula.

Mereka yang sudah masuk IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) boleh sertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan lain-lain. Di universiti wujud badan uniform yang boleh memberikan peluang mereka untuk memasuki badan beruniform.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge