siti nurhaliza

Siti Nurhaliza Beri Pencerahan Tentang SOP Majlis Tahnik Muhammad Afwa.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila individu ternama dikatakan merentas negeri semata-mata menghadiri majlis tahnik Muhammad Afwa, anak kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) majlis yang dianjurkan.

Baca Juga: Langgar SOP, Kompaun RM60 Ribu

“Itu majlis tahnik sahaja, mengapa dia (pendakwah) dibenarkan merentas negeri?

“Agak terkilan dengan apa yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara. Harap ada penjelasan,”

netizen

Terbaru, Siti Nurhaliza dan suami menerusi hantaran di Instagram memberi penjelasan mengenai isu yang timbul. Menurutnya, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Pendakwah bebas berkenaan bersetuju hadir kerana memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis diadakan.

Tambahnya lagi, atur cara majlis dan jumlah tetamu yang hadir mengikuti syarat penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama pula, ia bukanlah majlis khas. Datuk Dr Zulkifli hanya singgah menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum bergegas pulang.

Baca Juga: WARGANET PERTIKAI TAHNIK ANAK SITI NURHALIZA, RENTAS NEGERI CARPET NILAI 3 NEELOFA

Siti Nurhaliza dan suami juga memohon maaf kerana telah menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Kredit: ctdk

One Reply to “Siti Nurhaliza Beri Pencerahan Tentang SOP Majlis Tahnik Muhammad Afwa.”

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge