sungai klang sumber air Selangor

Sungai Paling Teruk Tercemar Di Malaysia Bakal Jadi Sumber Bekalan Air Baharu.

Sungai Klang pernah dikategorikan sebagai sungai paling teruk tercemar di Malaysia 7 tahun lepas. Kegiatan pembuangan sampah domestik dan pencemaran bahan buangan sisa industri menjadi punca utama pencemaran air sungai.

Selepas beberapa tahun usaha merawat dan menghapuskankan pencemaran di Sungai Klang, hari ini , Sungai Klang berpotensi menjadi sumber bekalan air baharu kepada penduduk Selangor.

“Kualiti air Sungai Klang menunjukkan peningkatan dan kualiti yang baik dalam Tahap 3 dan selamat untuk aktiviti sukan air”-Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari

Kualiti air yang mempunyai status Tahap 3 sesuai untuk diproses menjadi air terawat. Namun, ia memerlukan kos yang sanga tinggi berbanding air berstatus Tahap 1 dan 2.

Justera, usaha untuk meningkatkan kualiti air Sungai Klang sehingga Tahap 1 atau 2 akan diteruskan oleh pihak The Ocean Cleanup.

Rancangan untuk memanfaatkan Sungai Klang sebagai sumber air ini juga telah kita bawa ke peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air. Sebarang usaha termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2021

Jika proses ini berjaya, sumber air dari Sungai Klang dijangka dapat mengeluarkan air terawat 1,000 juta liter sehari (JLH) dan mmampu menampung kegunaan penduduk di negeri ini.

The Interceptor melakukan kerja pembersihan sungai tercemar.

The Ocean Cleanup adalah jentera pembersihan yang mengutip kira-kira 10,000 kilogram (kg) sampah setiap hari dan kini jumlah sudah berkurangan kepada 4,000 kg.

Buat masa sekarang, sumber air di Selangor datangnya dari Sungai Selangor dan Sungai Langat.

Usaha Menjaga Kebersihan Sungai

Jika dilihat di negara maju, mereka menerapkan isu-isu alam sekitar ini bukan sahaja mengenai pencemaran sungai. Pendidikan sebegini telah diterapkan sejak di peringkat awal persekeolah sebagai satu etika kehidupan.

Kami percaya, kita di Malaysia juga boleh melakukan perkara sedemikian, namun perlu dilaksanakan secara berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge