
Tips Menghadapi Krisis Ekonomi 2023
Pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjur menguncup pada 2023 dan 2024 memerlukan tadbir urus ekonomi yang cekap dalam pemulihan ekonomi Malaysia. Mungkin ada yang masih belum menyedari, penguncupan ekonomi dunia pada tahun 2023 hampir pasti berlaku, dengan jangkaan impaknya sehingga 2024.
Apa persediaan kita sebagai individu yang pastinya akan berdepan dengan impak krisis sebegini?
Percaya atau tidak, masih ramai lagi yang tidak ambil peduli impak yang bakal dirasai. Namun, sudah ramai juga yang telah mengambil langkah persediaan menghadapi krisis ekonomi ini.
Kata kunci kepada tips menghadapai krisis ekonomi 2023 adalah:
- Kawal
- Tunda
- Buang
- Kurangkan
- Tambah
Aoakah huraian secara terperinci di sebalik kata kunci ini? Kami terangkan maksud di sebalik kata kunci tersebut di bawah ini. Jom baca dan kongsi.
Tips Menghadapi Krisis Ekonomi 2023.
1# Kawal
Kawal nafsu berbelanja yang tidak perlu. Semak kembali ‘keperluan vs kehendak‘ anda.
Kawal nafsu makan sedap-sedap di luar. Lebihkan nafsu makan sedap-sedap di rumah.
Kawal hidup kita. Ini masa terbaik untuk reset mindset dan habit.
Kawal apa yang kita boleh kawal. Dengan keadaan ekonomi yang makin merosot, sesiapa yang terkesan pasti lebih mudah stress atau mengalami tekanan perasaan.
2# Tunda
Tunda perbelanjaan yang besar-besar. Ikutlah tahap kemampuan masing-masing. Ada yang ‘belanja besar‘ sebanyak rm1000 ke atas, ada yang lebih mampu dengan jumlah perbelanjaan rm10 ribu ke atas.
Tunda bersenang-lenang. Selagi ada kudrat, carilah side hustle / side income.
Tunda niat nak tukar kereta jika tidak betul-betul memerlukannya. Delayed Gratification kata omputih. Kalau memang dah betul-betul perlukan atas sebab kereta lama sudah rosak teruk dan tiada kereta untuk ke pejabat, carilah kereta ikut kemampuan anda. Tak salah memandu kerea ‘2nd hand‘ pun.
Tunda niat untuk tukar kerja atau berhenti kerja jika belum ada tawaran kerja yang lebih bagus. Sabarlah.
3# Buang
Buang saja kad kredit jika ini menjadi punca berhutang.
Buang saja perbelanjaan (expenses) yang langsung tidak digunakan. Contohnya, bayaran tahunan gym.
Buang kad kredit yang tertunggak. Guna aset tunai sedia ada. Contoh, hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM10 ribu. Ada tunai sebanyak RM8 ribu, ada simpanan emas sebanyak RM10 ribu. Jelaskan yang tertungga dahulu.
Buang mindset asyik nak ‘impress‘kan kawan-kawan atau prospek, jika anda belum layak memilikinya. Contoh, kereta mewah.
4# Kurangkan
Kurangkan ‘fixed expenses‘ sedia ada. Contohnya, tengok balik bayaran bulanan bil telefon atau internet. Mana yang boleh dikurangkan, kurangkanlah. Banyak yang boleh dikurangkan. Kena ‘review & revise‘
Kurangkan barang dalam rumah. Bila kita mula perhatikan satu persatu barang sedia ada, barulah tahu itu semua duit. Contohnya, kasut atau beg tangan.
Kurangkan aktiviti yang memerlukan duit. Contoh, makan di luar, jalan-jalan cari makan, travel, windo shopping dan lain-lian.
Kurangkan nafsu..Contohnya nafsu ‘online shopping‘.
5# Tambah
Tambah Emergency Fund, ikut kerjaya anda. Simpan 3 hingga 9 bulan jumlah perbelanjaan anda.
Tambah ‘source of income‘. Nak tak nak, kena ada lebih daripada satu sumber pendapatan terutama yang bekerja di bandar besar. Kos hidup lebih tinggi. Income amount sikit takpe, asalkan mulakan awal. Nanti akan datang peluang yang lebih besar.
Tambah ilmu tentang kewangan. Tips-tips mudah jimat duit, rancang perbelanjaan, tips urus gaji. Jangan tengok konteks tambah ilmu ke topik yang berat seperti ‘stock investing‘ dll terutama untuk ‘beginner’.
Tambah ilmu ‘budgetting‘ Bukan untuk merisaukan kita. Tapi hakikatnya, ini yang perlu dirisau. Be in control. Wajib tahu angka perbelanjaan setiap bulan.
Kesimpulan
Yang kami kongsikan hanyalah tips asas. Anda tidak perlu mengamalkan kesemuanya. Fahami tips dan praktikkan tips yang bersesuaian dengan kehidupan anda.
Jom semak dan edit status kewangan hari ini.
Rujukan: Nafisah Amran