juara UFC 254

Undefeated Khabib! Ini Sebab Khabib Tidak Pernah Tewas Di Dalam UFC

Khabib Nurmagomedov telah berjaya menewaskan Justin Gaethje di Kejuaraan Lightweight UFC 254.

Khabib hanya memerlukan dua pusingan untuk menewaskan lawannya dalam perlawanan terakhirnya.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad, bintang sensasi dari Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.

Baca: Bijak Jawapan Khabib Bila Ditanya tentang…

Dengan keputusan ini, Khabib memegang rekod UFC tanpa kalah sebanyak 29 perlawanan. Tamatnya perlawanan ini, Khabib mengumumkan persaraan sebagai mengotakan janji dengan ibunya.

Khabib umur persaraan.

Kemenangan Khabib hari ini adalah kemenangan pertamanya tanpa ayah beliau disisi. Ayah Khabib meninggal pada Julai lalu akibat komplikasi kerana jangkitan Covid-19.

Kemenangan hari ni disambut beliau dengan penuh emosi apabila tiada ayahnya disisi.

“This was my last fight. No way I can come here without my father. … I promise it will be my last fight. If I give my word, I have to follow this.”

Hari ini, Khabib menjadi kebanggaan anak muda Muslim di seluruh dunia. Dalam Khabib meniti kejayaan, tidak pernah lengkang ayat pertama keluar dari mulutnya – “Alhamdulillah”.

Beliau sentiasa ingat kepada Allah. Ayatnya yang terkenal “WHEN ALLAH IS WITH YOU,NOBODY CAN BEAT YOU,YOU HAVE TO BELIEVE THIS” . Kami pasti atas kata-kata inilah menjadi pencetus kepada semangat juangnya sebagai seorang juara!

Tahniah Khabib “the Eagle” Nurmagomedov. Ikon anak muda muslim!

2 Replies to “Undefeated Khabib! Ini Sebab Khabib Tidak Pernah Tewas Di Dalam UFC”

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge