Site icon Lima Minit

Berapakah Pendapatan Saluran YouTube Sugu Pavithra?

Hari ini, saluran YouTube Suhu Pavithra sangat dekat di hati penonton Malaysia. Saluran ini bermula pada 28 Januari 2020 dan berjaya mencapai kejayaan luar biasa dalam masa tidak sampai 6 bulan.

Sehingga ke hari ini, sebanyak 72 buah video telah dimuatnaik di saluran YouTube Sugu Pavithra. Subscribers saluran ini juga sudah mencecah 512 ribu penonton dengan jumlah tontonan hampir 15 juta tontonan.

Baca: 8 Langkah Awal Menjadi YouTuber Berjaya.

Ekoran kejayaan saluran YouTube yang memaparkan video masakan pelbagai resipi dan dikenalikan oleh seorang wanita India yang fasih berbahasa Melayu, ramai yang ingin mengetahui berapakah pendapatan yang dijana oleh Puan Pavithra.

Kami membuat semakan di laman Social Blade iaitu satu laman pihak ketiga yang membuat anggaran pendapatan yang dijana oleh saluran YouTube.

Berdasarkan analisis Social Blade, saluran Youtube Sugu Pavithra masih bergred B dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak USD2.6K – USD40.9K atau anggaran pendapatan tahunan sebanyak USD30.7K – USD490.8K.

Pendapatan YouTuber Sugu Pavithra?

Di bawah ini adalah ringkasan anggaran pendapatan harian saluran YouTube Sugu Pavithra.

Jika dilihat pada analisa di laman Social Blade, pendapatan saluran YouTube Sugu Pavithra sepanjang 30 hari yang lepas adalah sebanyak USD2.6K – USD40.9K.

Jika ditukar ke Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM10,400 – RM163,600 dalam masa sebulan!!!

Kejayaan ini adalah sangat luar biasa bagi sebuah saluran yang hanya berusia tidak sampai satu tahun.

Rahsia Kejayaan YouTube Sugu Pavithra?

Hari ini, ramai yang menjadikan saluran YouTube ini sebagai sumber rujukan untuk menjadi seorang YouTuber yang berjaya. Melalui pemerhatian kami, tiada peralatan khas atau editing yang “Wow!” yang menjadi penarik utama.

Ada 2 perkara yang ditonjolkan oleh pemain utama saluran YouTube Sugu Pavithra yang membuatkan ramai untuk tekan butang Subscribe yang terus menonton berkali-kali.

  1. Ikhlas. Beliau menjadi diri sendiri. Seperti kehidupan beliau di hari hari biasa.
  2. Buat apa yang beliau suka iaitu memasak. Minat Puan Sugu dalam bidang masakan dapat dilihat dengan jelas melalui cara beliau handle peralatan dapur sedia ada.

Setuju tak dengan pendapat kami? Ikhlas & buat dengan penuh minat. Pastinya hasil sangat luar biasa.

Nak naikkan views seperti saluran YouTube Sugu Pavithra kecapi sekarang ini? Jika nak, annda perlu mendapatkan ebook Rahsia YouTuber di bawah ini sekarang:

Exit mobile version