Tentang Sugu Pavithra. Rahsia Naikkan Views dan Subscriber YouTube Lebih 300K Dalam Masa 6 Bulan.
“Sugu Pavithra” antara channel YouTube yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Masakan tidak, channel ini mula dibina pada Januari 2020, sudah pun mempunyai subscriber melebihi 315,000 orang pada hari ini.
Perkongsian utama di saluran YouTube ini adalah video memasak pelbagai menu oleh si isteri, dirakam oleh si suami dan di pengakhiran rakaman video, mereka akan menikmati masakan tersebut bersama-sama.
Saluran Sugu Pavithra ini diuruskan oleh sepasang suami isteri, S.Pavithra (28 tahun) dan M.Sugu (29 tahun). Pasangan ini menetap di sebuah kuarters ladang kelapa sawit di Sungai Siput sudah pun diiktiraf sebagai Rakan YouTube dan mula menjana pendapatan lumayan daripada YouTube.
Rahsia Sugu Pavithra Naikkan Views dan Subscriber YouTube?
Pemain utama saluran ini, Pavithra mula memuatnaik video masakan bersama resipi dan tips masakan selepas mendapat saranan daripada rakan baiknya. Dengan perwatakan lembut lembut dan bahasa pertuturan dalam Bahasa Melayu, menjadi tarikan utama, terutama kepada orang Melayu untuk terus menonton.
Sehingga kini, jumlah tontonan sudah melebihi 10 juta tontonan.
Kongsi Pavithra, video masakan pertama di YouTube beliau adalah cara memasak ikan talapia bakar sahaja. Dengan penggunaan bahasa pertuturan bahasa Melayu dengan bagus, Pavithra berjaya mengumpul 5000 subscribers dalam masa 4 hari! Dari situ, beliau mendapat tawaran menjadi Rakan YouTube dan mula menjana pendapatan bulanan dalam matawang US Dollar.
Melihat kepada sokongan dan komen positif daripada penonton saluran YouTube mereka, Pavithra dan suami mendapat semangat untuk menghasilkan lebih banyak video masakan dari semasa ke semasa.
Pada kami, saluran YouTube Sugu Pavithra berjaya memikat hati ramai penonton kerana terdapat 3 elemen seperti di bawah ini:
- Rakaman oleh bangsa India yang petah berbahasa Melayu mudah difahami oleh semua rakyat Malaysia.
- Konten resipi masakan India yang dikongsi, mudah dan senang dikuti. Selain menggunakan perkakasan dapur yang biasa-biasa dan tidak terlalu ‘vogue’.
- “Content is King’. Mereka hanya menggunakan kamera smartphone yang dibeli secara hutang, tetapi konten yang dikongsi di saluran ini berkualiti tinggi dan disukai ramai penonton. Edit biasa-biasa, tapi konten amat dekat di hati penonton.
Selain daripada video masakan, mereka juga berkongsi kepada penonton aktiviti seharian seperti bercucuk tanam, aktiviti bersama anak dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi views saluran YouTube anda. Sesiapa boleh berjaya seperti Sugu Pavithra ini.
Boleh dapatkan ilmu power dan menjadi seperti Sugu Pavithra dalam ebook bawah ini. Follow cara yang diajar, insyaAllah akan banyak views. Jika ada rezeki, income akan datang kemudian.