Pengalaman Azri Walter

Pengalaman Azri Walter Keluar Daripada Kemiskinan.

Semalam saya hantar emel, ada yang reply cakap alamak nak kena bayar ke?

Sebak saya baca.

Ramai yang nak cara buat duit cepat tapi tak nak bayar apa-apa.

Nak free.

Tapi saya faham ada orang memang tengah kering sejak raya haritu dah banyak habis.

Ok takpe. Saya kongsi satu cara secara percuma. Tapi pastikan kau buat okey?

Cara ni saya pernah buat dulu zaman kerja kerajaan.

Saya pergi jumpa pegwai atau bos ke atas.

Saya jumpa sorang-sorang saya cakap, “bos, saya nak pakai duit, tapi saya tak nak meminta, kalau bos ada apa-apa urusan luar pejabat nak buat tapi bos tak sempat sebab busy, saya boleh tolong setelkan”

Sejak tu, semingu dalam beberapa kali ada je bos panggil saya bagi job bantu uruskan urusan kehidupan mereka.

Daripada situ saya dapat upah.

Tapi memang tak kaya lah cuma dapat lah tambah duit cepat tanpa meminta.

So, hari ni kau pergi kerja perhatikan masalah orang sekeliling kau.

Dalam masalah tu ada duit dan boleh jadi bisnes.

Kau kena fikirkan solusi, bantu mereka selesaikan masalah mereka dan kau charge untuk masa dan tenaga kau.

Sesimple tu.

Tapi ramai yang stuck kat sini.

“Takut la nak offer.”

“Malu la nak minta duit.”

“Nanti orang fikir apa.”

Dengar sini

Kau bukan minta sedekah. Kau tawarkan solution.

Ada beza tu.

Orang yang sakit kepala tak kisah bayar ubat sakit kepala.

Orang yang tak sempat uruskan sesuatu, tak kisah bayar kalau kau boleh bantu dia uruskan.

Orang yang ada masalah kewangan tak kisah bayar orang yang boleh selesaikan masalah tu.

Orang yang stuck dalam bisnes tak kisah bayar orang yang boleh bagi jalan keluar.

Selagi kau ada solution, selagi tu kau ada nilai.

Masalah sebenar bukan orang tak nak bayar. Masalah sebenar kau sendiri tak percaya nilai kau.

Tapi saya nak jujur dengan korang.

Ramai yang baca ni akan angguk-angguk. Rasa “betul la tu.”

Pastu esok buat benda sama macam semalam.

Bila ada guidance “mahal la.”

Bila ada ilmu free “susah la.”

Bila ada peluang “tak ready la.”

Saya tak marah. Saya faham.

Tapi saya nak korang faham satu benda, berdasarkan pengalaman saya keluar daripada kemiskinan dan menjadi Azri Walter yang hari ni.

Saya dapati alam ni dia ada hukum dia iaitu

Kalau kau nak hasil yang berbeza, kau kena buat sesuatu yang berbeza.

Kau tak boleh nak expect dapat output besar dengan input kosong.

Dunia ni fair sebenarnya. Dia bagi balik exactly apa yang kau letak.

Letak usaha — dapat hasil.

Letak masa — dapat ilmu.

Letak duit — dapat shortcut.

Tapi kalau input kosong?

Output pun kosong.

Kau faham?

Ok mulai hari ni kau cuba buat.

Good luck.

FB: Azri Walter

Leave a Reply