Repricing Adalah Satu Mimpi Ngeri Untuk Pemilik Medical Card.

Tidak kira klien, ejen mahupun syarikat.

Klien akan marah-marah ejen dan syarikat apabila berlaku repricing.

Tak percaya, tengok dekat komen nanti. Saya yang menulis pun nanti kena marah, walaupun bukan klien. Hahaha!

Ejen pula akan stres nak menguruskan klien yang repricing.

Kompeni takaful berhadapan risiko klien batalkan polisi apabila berlaku repricing.

Apabila ia berlaku, tabungan tabarru mengecil dan seterusnya yang kekal hanyalah pelanggan yang sanggup bayar dan yang sudah ada banyak claim.

Seterusnya akan berlaku lagi repricing dan kitaran di atas berulang.

Repricing berlaku apabila claim terlalu tinggi dan perlu sumbangan baru untuk tampung.

Ramai ingat repricing menguntungkan syarikat dan ejen, tapi sebenarnya 95% sumbangan daripada repricing masuk ke dalam dana tabarru.

Lebih banyak untung apabila dapat klien baru berbanding klien yang repricing.

Sebab itu ada ejen yang lebih selesa memasarkan produk takaful tanpa medical card.

Salah satu punca kenapa claim tinggi sehingga dana tabarru mengecil dan berlaku repricing adalah inflasi perubatan.

Kos hospital naik saban tahun.

Dan yang paling biasa berlaku ialah hospital akan kenakan bil yang tinggi apabila pesakit menggunakan medical card berbanding pesakit yang tidak menggunakan medical card.

Semoga plan medical card baru yang bakal diperkenalkan oleh BNM yang seragam merentas syarikat takaful dapat mengatasi masalah ini.

Apa komen anda?

Leave a Reply