
Adakah Harga Minyak Negara Akan Turun Selepas Kapal-kapal Tiba?
Pada 29 Mac 2026, 7 kapal kargo Malaysia yang terkandas di selat Hormuz telah dilepaskan untuk pulang ke negara. Alhamdulillah.. dijangkakan akan tiba di Malaysia dalam 2 minggu lagi
Tapi.. adakah harga minyak Malaysia akan turun selepas kapal ini tiba?
Kat sini kita kena faham betul betul.
Menurut maklumat yang saya dapat, dari 7 biji kapal tersebut 6 biji membawa minyak mentah dan sebiji lagi membawa bekalan baja.
6biji kapal yang membawa minyak ini boleh membawa sebanyak 6juta tong minyak (bersamaan kira-kira 715 juta hingga 954 juta liter).
Tapi ni minyak mentah.. bila diproses Negara akan dapat 429.3juta liter petrol, 238.5juta liter diesel dan lain lain (Bitumen/Asfalt, Minyak Hitam, Bahan Kimia, gas LPG dan jet fuel) sebanyak 286.2 juta liter.
Penggunaan petrol negara pula adalah sebanyak 47.7juta liter sehari dan Diesel pula 33.4juta liter sehari.
Ini bermakna, minyak yang dibawa pulang itu akan dapat cover penggunaan petrol/diesel negara selama 8-9hari.
429 juta liter petrol yang bakal dihasilkan itu sangat penting untuk menampung fasa awal Penyasaran Subsidi RON95 yang bermula 1 April 2026.
Tanpa stok “mentah” ini, Malaysia terpaksa mengimport petrol yang sudah siap diproses dari Singapura. Harga petrol siap proses di pasaran dunia sekarang (Mac 2026) sangat mahal. Jadi dapatlah negara berjimat sikit.
berbalik kepada soalan pokok tadi, adakah harga minyak negara akan turun selepas kapal tu tiba?
Jawapan dia.. TIDAK.
Walaupun kita ada 6 kapal minyak yang sedang dalam perjalanan, ia lebih kepada tujuan menjamin bekalan (stok) supaya tidak putus, bukannya untuk menurunkan harga.
Walaubagaimanapun, melalui minyak ini jugalah kerajaan dapat mengekalkan harga RM1.99 untuk Budi95.
Kita masih belum keluar lagi dari krisis bahan tenaga ini walaupun kapal tu dah sampai ke negara kita.
Tapi saya yakin kerajaan akan memperhebatkan lagi usaha untuk menampung keperluan minyak negara tanpa mengorbankan kewangan negara kita.
Saya juga yakin akan ada banyak lagi perancangan yang sedang diusahakan oleh PMX DS Anwar Ibrahim bagi memastikan negara kita mampu mengharungi cabaran dan krisis ini.
Kepada Allah kita berserah.
