
Cara Buat Dan Activate Kad WISE.
Jika anda seorang rakyat Malaysia atau penduduk di Malaysia, dan ingin berkunjung ke Asia Tenggara atau ke tempat lain di luar negara, anda mungkin ingin tahu cara guna kad Wise di luar negara untuk jadikan perbelanjaan anda lebih jimat dan mudah.
Tidak kira sama ada anda merancang ke Singapura pada hujung minggu atau pertama kali akan ke Australia, US, atau Eropah, bawa bersama kad Wise untuk maksimumkan ringgit anda ketika di luar negara.
Wise menawarkan cara pembayaran yang cepat, selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 40+ jenis mata wang, ke lebih 140+ negara. Sejak dari tahun 2021, pelanggan di Malaysia juga boleh membuka akaun multi-currency Wise. Selain itu, mereka juga boleh dapatkan kad debit Wise untuk perbelanjaan dan pengeluaran yang lebih mudah.
Cara Buat Atau Pesan Kad Wise Di Malaysia.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat atau memesan kad Wise di Malaysia:
- Daftar Akaun Wise: Buka akaun Wise melalui laman web atau muat turun aplikasi Wise dan sahkan identiti anda. (link: https://wise.com/invite/ilpc/mohdjamaruddinb )
- Tambah Nilai (Top Up): Masukkan baki sekurang-kurangnya RM101 (atau jumlah minimum yang ditetapkan) ke dalam akaun anda.
- Pesanan Kad: Pergi ke tab ‘Card’ (Kad) dalam aplikasi/laman web, pilih ‘Order new card’ (Pesan kad baharu).
- Bayaran: Bayar yuran penghantaran/pembuatan kad.
- Aktifkan Kad: Setelah fizikal kad sampai, aktifkan kad melalui aplikasi dengan memasukkan kod 6-digit pada kad.
Untuk mengaktifkan kad Wise buat kali pertama, cara paling mudah ialah dengan membuat pembelian fizikal di kedai menggunakan Chip & PIN (masukkan kad dan tekan PIN) atau melakukan pengeluaran atau semak baki di ATM.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah:
- Gunakan PIN di Terminal (Paling Disyorkan):
- Pergi ke mana-mana kedai/pasar raya.
- Masukkan kad Wise ke dalam mesin terminal (bukan paywave pada kali pertama).
- Masukkan 6-digit PIN yang anda boleh lihat di dalam aplikasi Wise (bahagian ‘Cards’).
- Pengeluaran ATM:
- Masukkan kad ke ATM.
- Pilih “Credit” atau “Checking account” (jika perlu).
- Semak baki atau keluarkan wang untuk aktifkan.
3. Aktifkan melalui Aplikasi/Web:
- Buka aplikasi Wise dan pergi ke tab ‘Cards’.
- Pilih ‘Activate your card’.
- Masukkan 6-digit kod dari surat yang disertakan bersama kad.
Nota Penting:
- Pastikan anda ada baki sekurang-kurangnya RM110-RM130 dalam akaun semasa memesan dan mengaktifkan kad.
- Kad digital boleh digunakan serta-merta untuk pembelian dalam talian.
- Kad fizikal akan dihantar ke alamat rumah anda dalam beberapa hari bekerja. Kad fizikal perlu diaktifkan berasingan jika anda tidak terus guna untuk transaksi PIN pertama.
Adakah kad Wise selamat?
Kad Wise selamat digunakan dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan. Jadi, anda boleh mengawasi transaksi wang anda. Ketika berada di luar negara, penggunaan kad untuk perbelanjaan dan pengeluaran jauh lebih selamat berbanding membawa wang tunai dalam amaun yang besar. Tambahan lagi, dengan memiliki akaun berasingan untuk perbelanjaan dalam mata wang asing sememangnya lebih selamat dan memudahkan anda merancang bajet percutian anda.
Berikut adalah beberapa ciri-ciri keselamatan yang dimiliki ileh Wise:
- Akaun Wise memerlukan 2 faktor pengesahan
- Beku dan aktifkan semula kad anda melalui aplikasi Wise
- Dapatkan notifikasi segera untuk membolehkan anda mengawasi perbelanjaan
- Jana kad digital sebagai langkah keselamatan tambahan apabila berbelanja secara online di stor online baru
- Wise melaksanakan proses anti penipuan 24/7 secara manual dan juga automatik untuk mengenalpasti dan mencegah transaksi meragukan
