TH KHAIRAT TABUNG HAJI. HANYA RM28 SETAHUN

Apa itu TH Khairat Tabung Haji?

TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.

Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.

  • Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)
  • Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000
  • Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful
  • Langganan tahunan serendah RM28
  • Pendaftaran dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja

Tujuan

  • Meringankan beban kewangan waris
  • Membantu kos pengurusan jenazah
  • Memberi sokongan asas kepada keluarga si mati

Syarat Pendaftaran

Syarat pendaftaran takaful ini adalah seperti berikut:

Urusan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh pengendali Takaful.

Terbuka kepada pendeposit Tabung Haji berumur 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).

Pendaftaran bagi pendeposit berumur bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun tersebut. 

Pastikan baki akaun yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100.

Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun Tabung Haji secara tahunan.

Sijil Takaful tidak akan diperbaharui sekiranya pendeposit melebihi had umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100.

Pendeposit boleh menamatkan sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada pengendali Takaful yang dilantik.

Bayaran langganan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya langganan ditamatkan atas apa jua sebab sekalipun.

Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:
– Mempunyai akaun Tabung Haji.
– Berumur 18 tahun dan ke atas

Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semulajadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan.

Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di pautan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, pendeposit boleh membuat pendaftaran seperti berikut:

  • 18 tahun dan ke atas: Pendeposit boleh mendaftarkan untuk diri sendiri melalui web/aplikasi THiJARI.
  • Bawah 18 tahun: Pendeposit bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan melalui web/aplikasi THiJARI ibu/bapa/penjaga yang menguruskan Akaun Jagaan tersebut.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk brosur sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans PIDM atau hubungi pengendali takaful atau PIDM (layari www.pidm.gov.my)

Nota: HongLeong MSIG Takaful juga ada menyediakan Plan Simpanan Menyeluruh di mana mencarum di bawah plan i-Tulus dan akan menerima Guaranteed Payout setiap tahun serendah RM300 yang akan dibayar ke akaun Tabung Haji. Selain itu, pendeposit akan mendapat manfaat seperti Perlindungan Pampasan Kematian, Pampasan Hilang Upaya Kekal, Elaun Istimewa sehingga RM2000 setiap kali menunaikan haji/umrah dan bermacam lagi. Hubungi JMR- 0172101282 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply