cara simpan duit

6 Cara Simpan Duit Ikut Konsep “Sediakan Payung Sebelum Hujan”

Kata pepatah Melayu, “Sediakan Payung Sebelum Hujan” amat kena dengan situasi ekonomi pada hari ini. Ramai yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi yang menyaksikan tahap pengangguran semakin meningkat, tidak kurang juga yang dipotong gaji bulanan oleh pihak pengurusan syarikat.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Malaysia meningkat sehingga 3.9% berbanding kadar tertinggi yang dicatat sejak Jun 2010 sebanyak 3.6%.

Sungguh, tiada siapa mahu diuji seperti apa yang berlaku hari ini. Tidak pernah terjadi krisis ekonomi seteruk tahun 2020 yang mana kita menyaksikan syarikat perlu memberhentikan operasi, hotel-hotel banyak ditutup, shopping mall ditutup, lapangan terbang juga terpaksa ditutup, kejatuhan harga minyak berpunca daripada over supply low demand dan sebagainya.

Baca: Cara Pilih Pelan Takaful Untuk Keluarga

Tiada apa yang boleh dilakukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dek kerana ini, ramai yang terputus sumber pendapatan.

Tetapi, ada golongan yang masih boleh bernafas lega kerana mereka sudah bersedia sebelum krisis lagi. Sebenarnya, semua orang boleh bersedia dengan ‘payung‘ yang mencukupi sebelum turunnya ‘hujan‘ lebat seperti hari ini.

image via Google

6 Cara Simpan Duit Ikut Konsep “Sediakan Payung Sebelum Hujan”

#1 Setiap kali gaji, asingkan 10% daripada jumlah gaji dan simpan ke dalam beberapa akaun berasingan seperti Tabung Haji dan ASB. Kenapa tidak disimpan setempat? Supaya anda tidak akan nampak yang anda ada duit lebihan. Psikologi manusia, apabila nampak duit lebih, nafsu membeli akan lebih memuncak.

#2 Buat tabung duit di rumah. Asingkan tabung mengikut not RM5 atau RM20. Tabung syiling juga boleh diadakan. Setiap hari, jika ada not RM5 atau RM20 di dalam dompet, pejam mata dan masukkan ke dalam tabung ini. Ingat, tabung ini diwujudkan bukan untuk kegunaann melancong atau perkara lain, tetapi sebagai “Emergency Fund” apabila anda memerlukan.

#3 Beli tukaran wang asing seperti US Dollar (USD) atau Great Britain Pound (GBP). Beli sedikit demi sedikit terutama ketika Ringgit Malaysia lebih kukuh berbanding nilai wang asing ini. Beli & simpan. Dan pastikan wang asing itu mempunyai ‘nilai’ yang lebih daripada wang kita. Katakan anda membeli USD pada ketika USD1=RM3.56 pada tahun 2015 dan anda perlukan tunai RM pada hari ini. Selain anda memperolehi keuntungan tinggi, anda juga memperoleh tukaran tunai dengan kadar segera. Anda hanya perlu ke kiosk Money Changer dan tukarkan ke RM.

#4 Buka satu akaun Unit Trust (UT), khas untuk ‘Tabung Kecemasan’. Pelaburan UT adalah pelaburan rendah risiko. Namun, anda perlu ada ilmu untuk melabur dalam UT, jangan serah bulat-bulat kepada ejen. Cari lebihan duit untuk dilaburkan ke akaun ini. Laburlah dengan jumlah yang lebih sekiranya harga unit berada di paras terendah. Buy low, sell high. Unit di akaun UT senang dicairkan sekiranya anda perlukan dana dalam masa singkat. Pengeluaran boleh dilakukan dalam masa 2-3 hari.

#5 Hobi membeli emas. Ada yang menjadikan amalan membeli emas sebagai hobi setiap bulan. Walaupun sekadar membeli 1 gram atau 2 gram setiap bulan, akan terkumpul dengan banyak selepas beberapa tahun. Sekiranya terdesak dan memerlukan tunai, boleh sahaja menjual dan memperoleh wang tunai dengan kadar segera.

#6 Membeli ekuiti atau pegangan saham. Ada yang menjadikan pegangan ini sebagai Tabung Kecemasan. Beli dengan harga murah dan simpan. Ada kaunter yang memberi pulangan dividen setiap tahun. Hasil dividen ini dilaburkan kembali untuk menikmati ‘compounding interest’ atau dipindahkan ke akaun Unit Trust yang lebih rendah risikonya. Dan yang paling penting, unit-unit ini senang dicairkan sekiranya anda memerlukan tunai dengan kadar segera.

Jika anda sudah pun mengamalkan 6 Cara Menyimpan Duit seperti di atas ini, sedikit sebanyak pasti membantu anda semasa krisis ekonomi seperti hari ini.

Tips terbaik untuk menyimpan adalah perlu berdisiplin dan istiqamah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, kan?

Langit Tidak Selalunya Cerah

Langit tidak selalunya cerah. Hidup ibarat roda, kadang di atas kadang di bawah. Kita tidak boleh meramal masa hadapan. Tetapi kita boleh berusaha untuk bersedia menghadapi masa hadapan dengan lebih baik.

Nota: Aset hartanah adalah satu pelaburan yang memberi pulangan yang baik. Tetapi harus diingat, tahap kecairan untuk mendapatkan wang tunai dengan kadar segera adalah tidak sebaik 6 cara menyimpan/melabur seperti di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge