Cara Pilih Insuran Takaful Medical Card Terbaik Untuk Keluarga
Hari ini, kesedaran tentang pentingnya memiliki Insuran Takaful atau Medical Card semakin meningkat dalam diri kebanyakan rakyat Malaysia. Ini disebabkan peningkatan kos perubatan saban tahun. Bukannya tidak ada pilihan mendapat perubatan di hospital kerajaan, tetapi keselesaan dan kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat Insuran Takaful membuatkan lebih ramai sanggup memperuntukkan pendapatan bulanan untuk melanggan pelan perlindungan insuran takaful.
Persoalannya, bagaimanakah cara memilih pelan insuran takaful atau medical card terbaik untuk keluarga?
Persoalannya ini sering berlegar di pemikiran ramai. Pelan yang ditawarkan di pasaran pula bukanlah satu atau dua, malahan berpuluh pelan yang ditawarkan oleh berpuluh syarikat insuran takaful. Nak kaji satu per satu, pasti memeningkan.
Lebih malang lagi, ada yang langsung tiada kesedaran untuk mengambil pelan takaful ini untuk diri sendiri, apatah lagi untuk anak isteri.
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Maka, kami rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tips memilih pelan insurans takaful yang terbaik di pasaran. Keputusan akhir, hanya anda sahaja yang berhak putuskan. Ikutlah kemampuan diri, setidak-tidak anda perlu memiliki satu pelan takaful sebagai persediaan awal.
Apa Itu Insuran / Takaful ?
Ia merupakan satu perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.
Asasnya, Takaful adalah satu pelan insuran yang patuh shariah.
Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.
Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.
Perlukah Memiliki Takaful?
Jika dilihat kos perubatan dan kehidupan pada hari, pada pendapat kami, memiliki pelan takaful pada hari ini adalah satu keperluan.
Jadi, ianya sangat penting untuk anda memilih pelan takaful dan medical card yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda dan keluarga.
Yang mana satu pelan takaful terbaik?
Soalan ini sangat subjektif. Semua syarikat takaful akan mendakwa pelan takaful mereka adalah yang terbaik. Sebenarnya tiada istilah pelan takaful atau medical card yang terbaik.
Pelan takadul atau medical terbaik terbaik adalah yang mampu memberi faedah kepada diri kita di saat kita memerlukannya. Paling penting, pada harga yang mampu bayar. Tak guna, anda mengambil premium tinggi, tetapi tidak mampu meneruskan pembayaran di pertengahan jalan.
Pilihlah Medical Card Ikut Keperluan
Persatuan Insurans Hayat Malaysia menyarankan jumlah perlindungan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan mereka. Setiap orang mempunyai keperluan jumlah pelindungan yang berbeza.
Dengan jumlah itu, jumlah pampasan yang diterima dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun. Jadi untuk mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kira jumlah perlindungan yang diperlukan dan berbincanglah dengan ejen insurans takaful nanti.
Perkara Yang Perlu Difikir Sebelum Pilih Pelan Takaful / Medical Card?
Anda tahu berapa banyak pelan takaful yang ada di Malaysia? Banyak.
Kebanyakan mempunyai faedah asas yang sama. Namun, pasti ada perbezaan untuk menonjolkan pelan mereka.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk memilih pelan yang sesuai untuk diri dan keluarga, fikir dahulu perkara di bawah ini:
1# Jumlah Yang Perlu Dibayar
Jumlah yang perlu dibayar oleh setiap individi adalah tidak sama. Ia dipengaruhi oleh umur, risiko pekerjaan, jumlah perlindungan, manfaat yang dilindungi dan status kesihatan.
Penting bagi anda membuat penilaian bagi tahap kewangan dan sesuaikan dengan bajet anda. Letaklah bajet yang tidak membebankan anda.
2# Lakukan Perbandingan
Memilih pelan perlindungan diri yang terbaik bukanlah perkara main-main. Ianya perlu difikirkan dengan teliti. Lagi pun ia melibatkan pembayaran secara berterusan .
Baca satu per satu faedah dan manfaat yang ditawarkan. Buatlah perbandingan harga premium dengan manfaat perlindungan yang bakal diperolehi daripada beberapa syarikat Takaful.
Setiap pelan atau polisi mempunyai manfaat dan faedah yang berbeza. Perlu baca dan fahami.
3# Bacan dan Fahami Terma & Syarat
Tidak ramai pencarum takaful yang membaca keseluruhan skop perlindungan, terma dan syarat yang tertulis dalam perjanjian perlindungan insurans. Sebenarnya, amatlah penting untuk anda membaca dan memahami perkara itu semua.
Sekadar membaca juga tidak cukup, anda perlu memahami polisi itu juga. Ramai yang hanya membuat pembayaran tetapi tidak tahu dan faham dengan kandungan pelan pelindungan insurans takaful yang diambil.
Tidak rugi pun untuk anda memahami faedah yang bakal anda perolehi kerana ia turut melibatkan perancangan kewangan anda.
#4 Pilih Ejen Takaful Yang Komited
Kami pasti, sekarang ini anda pasti keliru untuk memilih pelan takaful atau medical card untuk diri dan famili. Ye la, nak kena buat penilaian kewangan diri lagi, seterusnya perlu memahami pelan perlindungan yang sesuai. Dah tu nak kena baca terma dan syarat yang bermacam-macam lagi. Lagi pun, anda bukanlah mahir atau mendapat latihan khas untuk memahami hal-hal insuran dan takaful ini.
Jalan yang terbaik adalah dengan mendapatkan bantuan ejen takaful yang bertindak sebagai penasihat kewangan anda. Bukan semata-mata untuk mendapat jualan.
Bantuan ejen insurans takaful ini boleh kita anggap sebagai satu usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik mengikut kemampuan anda.
Elakkan memilih ejen yang tidak komited. Yang hanya muncul bila inginakan jualan tetapi sukar dihubungin bila anda perlukan khidmat nasihat.
Paling penting, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada ejen berdaftar yang sah. Antaranya, ejen Insuran Takaful: Jamar (017-2101282) yang boleh dihubungi pada bila-bila masa.
5# Baca dan Fahami Polisi
Bagi yang tidak biasa dengan terma-terma kewangan dan insuran, pasti menghadapi sedikit kesulitan untuk memahami polisi secara menyeluruh.
Jadi, tak perlu terburu-buru dan belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan. Boleh gunakan Google, buku kewangan, pamphlet yang diberikan atau tanya melalui rakan-rakan.
Lagi pun, anda mempunyai masa selama 15 hari untuk membaca dan meneliti kandungan polisi selepas menerimanya.
6# Semak Segala Maklumat
Akhir sekali, sebelum membeli sebarang produk insurans/takaful, berwaspada dengan ejen yang tidak berdaftar secara sah. Sebelum membuat sebarang pembayaran, semak dengan pengendali syarikat Insuran / Takaful untuk memastikan ejen tersebut adalah ejen yang berdaftar.
Menandatangani borang permohonan, borang tuntutan yang kosong, atau apa-apa kontrak sebelum membacanya sampai habis adalah tindakan yang berisiko. Mesti baca dan semak setiap dokumen
Akhir Kata
Dalam hidup ini, kita tak boleh menjangka bila kita akan berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kematian, kemalangan dan penyakit. Itu semua tidak boleh dikawal. Masa depan tak boleh diramal.
Pelan perlindungan insurans takaful adalah sebagai persediaan awal untuk kita hadapi risiko-risiko sebegitu di masa akan datang.
Memiliki polisi insuran yang aktif akan membantu anda dan keluarga untuk meneruskan kehidupan jika berhadapan dengan situasi tersebut.
Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing. Kami doakan urusan anda untuk memilih dan membeli pelan insurans/takaful dipermudahkan oleh-Nya.
Diharap dengan perkongsian Cara Pilih Insuran Takaful Medical Card Terbaik Untuk Keluarga 2021 ini serba-sedikit membantu anda.
Sign Up Pelan Dengan Ejen Anda Hari Ini
One Reply to “Cara Pilih Insuran Takaful Medical Card Terbaik Untuk Keluarga”