Cara Buat Pembayaran Guna DuitNow QR Code Di Luar Negara
Kad BigPay sentiasa menjadi pilihan jemaah Malaysia yang menunaikan umrah atau haji. Ini kerana penggunaannya BigPay lebih senang dan selamat berbanding kad-kad Debit atau Kredit lain di Mekah.
Bukan sahaja di Mekah, malah di seluruh dunia yang mempunyai platform Visa/Mastercard, pemilik kad BigPay boleh melakukan transaksi pembelian atau pemindahan wang dengan lebih selamat.
Terkini, pengguna kad BigPay boleh melakukan pembayaran menggunakan DuitNow QR Code di luar negara.
Buat masa sekarang, pengguna kad BigPay boleh menggunakan DuitNow QR Code yang berkunjung ke Singapore dan Thailand.
Cara Nak Guna DuitNow QR Code Di Luar Negara ?
Sangat mudah menggunakan DuitNow QR Code di luar negara. Anda sentiasa tahu nilai pertukaran matawang yang dibayar menggunakan matawang tempatan.
Contohnya, anda membeli-belah di Singapore dan melakukan pembayaran menggunakan DuitNow QR Code. Sebaik sahaja transaksi selesai, anda akan terus dapat mengetahui kadar pertukaran matawang (Exchange Rate).
Jom kami kongsikan cara guna DuitNow Code di Luar Negara di bawah ini:
- Langkah 1: Tap ‘Explore’, kemudian ‘DuitNow QR’
- Langkah 2: Scan the merchant’s QR code
- 🇹🇭 Thailand — Cari ‘Thai QR Payment’ QR code by PromptPay
- 🇸🇬 Singapore — Cari SGQR QR Code by NETS
- Langkah 3: Masukkan amaun bayaran dalam matawangan tempatan (local currency)
- Langkah 4: Review butiran dan klik ‘pay’
Mudah sahaja kan?
Baca Juga: Cara Buat Kad BigPay
Jangan lupa untuk guna DuitNow QR Code bila anda berkunjung ke Singapore atau Thailand ya!
Jika anda rasa artikel Cara Guna DuitNow QR Code BigPay ini bermanfaat, boleh kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ya 🙂