
Bawang Putih Guna Peluntur Dari China Berbahaya?
Bila agaknya lebih ramai rakyat Malaysia akan tahu dan diberitahu tentang isu garlic China yang harmful ni?
Isu daging kartel dulu pun, lepas bertahun-tahun baru terbongkar. Isu Bawang Putih dari China yang digunakan peluntur dan bahan kimia yang sudah tentu beri kesan jangka panjang pada pengguna, adakah 40 tahun lagi baru terbongkar dan keluar di mediacetak dan berita?
Atau nanti keluar kenyataan ianya selamat kerana penggunaan BleachingAgent masih ‘terkawal’ sedangkan isu ini dah lama dibincangkan di negara lain dan ramai yang mengambil tahu, tahu kesannya?
Ya, saya mula menulis tentang isu bawang dari China sejak 8 tahun lepas. Setiap tahun akan ulang share sampai orang dah bosan baca agaknya.
Baca Juga: Pemakanan Elak Gout
Tapi saya happy bila orang datang PM saya bagitahu mereka dah tukar pilihan bawang di dapur walaupun harganya boleh tahan juga.
Memang tak ramai kisah walaupun dah tahu sebab bukan semua terus dapat kesan sampingan dan penggunaan Bawang Putih ni sekadar bahan tumisan dalam masakan je. Sedikit je. Ya, sikit tapi lama-lama jadi bukit.
Apapun, bawang ni antiviral/bacterial food, bantu support immune system kita, juga powerful disease fighter. Mudah didapati tapi kita tak sedar betapa ia bagus untuk kesihatan kita.
Saya mula kenal khasiat bawang, tahun 2013.
Masa buat chicken broth soup pertama untuk Afi, masih ingat lagi, saya letak bawang banyak dalam tu. Campur celery, slow cooked 3 jam, rasa sedapnya masyaAllah.
Berkhasiat pula tu. Tapi ada isu pula.
Isu berkenaan bawang dari China?
Dah tentunya kerana:
ISU TANAH BERTOKSIK:
Isu tanah di China yang bertoksik. This is general info, ya. Ramai dah maklum pun dan jika belum tahu, start researching and reading now.
China adalah salah satu negara pengeluar bawang terbesar di dunia dan majoriti bawang di Malaysia diimport dari China. Bawang besar, bawang merah, bawang putih, antara negara pengeksport terbesar adalah China.
Jika kita baca tentang betapa tidak terkawalnya penggunaan pesticide (racun serangga) dalam farming industry di China, mesti tahu betapa hanya sedikit sahaja kawasan di China yang masih terselamat daripada pencemaran tanah bertoksik.
Yang terselamat dan ada organicfarming tu tentunya bukan menanam dalam skala besar untuk dieksport ke seluruh dunia, ya? Sad but true.
Apa Kaitan Bawang Dengan Tanah Bertoksik?
Bawang adalah tanaman yang hidup dalam tanah. Dari kecil hingga sebelum dituai, memang hidup di dalam tanah sahaja.
Maksudnya apa?
Bila tanah bertoksik, toksin tu semestinya menyerap ke dalam bawang, kan?
Ini bukan macam sayur yang disembur pesticide yang kita boleh rendam air cuka atau garam untuk remove pesticide residue.
Ini hal yang tanaman yang hidup dalam tanah punya, dah serap ke dalam tumbuhan tu. Apa lagi tumbuhan dalam tanah selain bawang yang majoritinya datang dari China? Kentang, lobak merah, halia.
ISU PELUNTUR/BLEACHING PADA BAWANG PUTIH.
Suka garlic yang putih berseri dan geli tengok yang warna tak putih? Fikir 2,3 kali. Jauhkan yang putih tu selagi mampu.
Banyak laporan tentang bagaimana Bawang Putih dalam China farming industry yang dilunturkan di dalam klorin serta isu Methyl Bromide fumigation pada tanaman garlic.
Belum campur isu air yang digunakan dalam industri ini (untreated sewage water), siap tercemar dengan lead.
Kenapa dilunturkan, disembur racun, kerana yang putih berseri itu mungkin nampak cantik. Tahan lama. Tak rosak. So mudah untuk dieksport. Tapi sebenarnya highly toxic.
Kesan Methyl Bromide? Boleh mencederakan paru-paru bila hidung terhidu bahan kimia ini.
Neurological effects? Yes, it is possible. Kesan lain, banyak.
Kita pula makan, sebab kita rasa selamat je. So apa jadi?.Memang sekali dua makan ok je.
Long term effect tu, jika slowly but surely?
Ini bukan nak menakut-nakutkan.
Juga bukan tak faham keadaan orang yang lain yang sukar untuk dapatkan sumber bawang selain daripada China.
Jika terlalu suka, kita cuba ikhtiar cara lain, tanam sendiri. Atau jika perlu dapatkan dari tempat lain, minta kawan poskan (pos, 2-3-4 hari insyaAllah masih ok.
Atau investkan sebulan sekali ke tempat yang jual (jika jauh), dapatkan banyak terus.
Banyak cara sebenarnya.
Kita boleh fikir dan usahakan, minta Allah bantu mudahkan selagi boleh.
Ini sekadar cadangan yang terlintas di kepala, mana yang ok untuk anda usahakan, buatlah mana yang sesuai dengan keadaan.
JIKA TAK ADA BAWANG SUMBER OK?
Teringat dulu, tahun 2013, tak ada bawang putih, merah dari India, kami survive guna bawang besar saja (juga selain China) dalam semua masakan.
Masa tu saya di Terengganu, bukan Ipoh. Nak cari pun sukar. Bukan macam 2021.
Menu masakan jadi tak sedap guna sejenis bawang saja? Sebenarnya kan, yang sedapkan masakan bukan bawang, tapi ALLAH.
Semua atas izin dan bantuanNya.
Boleh juga cuba tanam sendiri. Ramai orang dapatkan bawang dari sumber elok banyak-banyak (sekali keluar modal), kemudian TANAM SENDIRI.
Bukan saja dapat bawangorganik (jika guna baja semulajadi dan tak guna racun serangga), tetapi juga dapat pakej daun bawang lagi.
Jika benar memang nak sangat elak tapi tempat kita hanya ada bawang jenis tu saja dan tak mahu apply mana-mana cadangan di atas, pun boleh.
Puan Karolina Wan Hassan pernah kongsikan pada saya tentang MASAKAN TANPA BAWANG yang sebenarnya tetap sedap dan sihat.
Banyak cara yang kita boleh apply sebagai solution terhadap masalah yang dihadapi.
Saya ulang post ini untuk memberi kesedaran tentang kepentingan MENGAMBIL TAHU apa yang berlaku dalam industri makanan sekarang.
Supaya kita sedar, ramai yang sakit itu ini sekarang, SALAH SATU PUNCANYA ADALAH MAKANAN.

Dalam salah satu poster di post ini ada mention tentang Bawang Putih Australia, tak semestinya bermaksud yang dari negara ini saja yang ok. Dari negara-negara lain yang TIADA ISU SEPERTI CHINA ni ok saja.
Ramai tanya kat mana nak dapatkan kalau kat tempat masing-masing hanya ada China punya saja.
Saya ramai kawan yang dapatkan secara online sahaja seperti di ShopeeOnline (contohnya). Bawang Putih bersifat sedikit kering, setakat ini sesuai diposkan.
Bawang Putih India.
Thailand.
Indonesia.
Australia.
Walaupun masih guna pesticide (melainkan organik), tapi at least, tiada isu bleaching.

Kita ada smartphone, jom gunakan. Nak cari yang credible, banyak je research, articles yang cerdik pandai tulis untuk manfaat kita semua.
Tinggal kita nak baca je, jom?
Jom kita tambahkan ilmu pengetahuan kita tentang apa yang kita ambil setiap hari iaitu, MAKANAN.
Masya-Allah, I love reading.
I love sharing And I care about you.
ADDITIONAL INFO.
Oleh sebab ramai tanya kat mana nak dapatkan.
Organic Garlic. Ada dari Spain, dari Thai, Filipina, Australia.
Tak dinafikan, bila organik, harganya memang tinggi sedikit.
ADA Alternatif yang kurang mahal, bukan organik tapi better option dan bukan dari China – cari Bawang Putih India atau mana-mana negara kecuali China.
Sumber: FB Ainini Zainal