gout

Ini Senarai Makanan Anda Tidak Boleh Makan Jika Hidap Gout

Jika anda seorang pesakit gout, anda seharusnya mengikut pantang larang paling penting iaitu mengawal pengambilan makanan yang boleh menyebabkan serangan gout.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa gaya pemakanan adalah antara faktor utama penyebab kepada penyakit gout serta masalah kesihatan yang lain. Apa tidaknya, semua jenis makanan laut / seafood dia makan tak ingat dunia.

Di bawah ini kami senaraikan pantang larang gout yang ramai orang tak ambil cakna selagi tidak terkena serangan gout ini.

Pesakit Gout, Jangan Makan Makanan Ini!

Makanan Kandungan Purin Tinggi

Makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi iaitu antara 150-825mg purin bagi 100g makanan, perlu dielakkan.

Pasti ramai penghidap gout yang tidak tahu bahawa yis mempunyai kandungan purin yang tinggi di dalamnya. Yis digunakan untuk membentuk satu produk daripada produk yang lain seperti menaikkan volum, mengubah rasa dan bentuk asal sesuatu produk. Namun begitu, yis sebenarnya mengandungi jumlah purin yang tinggi.

Makanan pantang gout ialah yang berprotein

Antara jenis makanan berprotein yang perlu dielakkan ialan ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang dan ikan kembung.

Elakkan makan sup dari ekstrak daging dan kambing

Sup daging dan kambing juga tinggi kandungan purin. Lebih-lebih lagi dari ekstrak daging, dan bukan dari daging segar.

Jangan minum arak

Minuman beralkohol bertukar menjadi gula di dalam tubuh badan manusia dan memberikan kesan lebih buruk lagi pada sakit gout yang dihidapi.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mempelajari tentang jenis makanan atau minuman yang boleh bertukar menjadi gula di dalam tubuh badan anda.

Untuk menurunkan paras asid urik anda, anda perlu mengelakkan gula dalam diet anda secara konsisten.

Makanan Bergoreng dan Berminyak

Salah satu konsep untuk mengurangkan risiko berlakunya serangan gout ialah dengan menurunkan berat badan bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Oleh sebab itu, makanan yang bergoreng dan tinggi kandungan lemak amat tidak disarankan untuk pesakit gout. Pesakit gout boleh menambah berat badan dengan mudah apabila mengambil makanan yang bergoreng, berminyak dan tinggi kandungan lemak seperti pisang goreng, keropok goreng, santan dan lain-lain lagi.

Selain kandungan lemak trans yang tinggi di dalam makanan seperti ini dan tidak baik untuk kesihatan jantung, kajian membuktikan bahawa makanan yang berminyak meninggikan berlakunya risiko radang. Seterusnya, penyingkiran asid urik di dalam darah tidak dapat dilakukan dengan baik.

Pesakit Gout, Boleh Makan Makanan Ini!

Pemilihan makanan yang sesuai dipercayai membantu mencegah risiko serangan gout kepada pesakit.

Susulan itu, pakar kesihatan mencadangkan beberapa jenis makanan yang baik untuk diambil oleh para pesakit gout.

Salah satu makanan tersebut adalah buah ceri. Menurut kajian, buah ceri membantu mengurangkan tahap asid urik kerana mempunyai kandungan antosianin (molekul antioksida) semula jadi.

Bagi mereka yang mahu mengambil suplemen ekstrak ceri, digalakkan untuk mengikuti saranan dos yang ditetapkan dan rujuk doktor terlebih dahulu.

Pesakit gout juga disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C.

Vitamin C adalah salah satu jenis antioksidan yang mempunyai potensi merawat gout. Antara makanan yang mempunyai kandungan vitamin C adalah kiwi, brokoli, strawberi dan tomato.

Selain itu, makanan yang mempunyai kandungan purin turut bagus untuk mengawal penyakit gout. Sayur-sayuran seperti asparagus dan bunga kobis mengurangkan risiko serangan gout.

Di samping itu, susu rendah lemak juga dikatakan mengandungi ciri anti radang tertentu yang boleh mengurangkan tindak balas keradangan terhadap urat kristal dalam sendi.

Pakar kesihatan turut menyarankan pesakit gout mengamalkan pengambilan air putih yang mencukupi sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas sehari.

Pengambilan makanan yang tinggi seratnya seperti gandum, epal, timun dan betik juga membantu menyerap gout dari aliran darah dan menghilangkan gout berlebihan melalui ginjal. 

Kesimpulan

Pesakit gout yang mengamalkan diet gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik. Disebabkan asid urik boleh disingkirkan dan dibuang melalui air kecil, pengambilan air masak yang mencukupi amat penting bagi membantu pembuangan asid urik di dalam badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge