KAD DEBIT BIGPAY

Guna Kad Debit BigPay Di Mekah. Senang Jer.

Jemaah Umrah yang sedang melakukan persiapan ke Tanah Suci, pasti akan tertanya-tanya. Cash atau Cashless lebih mudah digunakan di Mekah dan Madinah?

Sebenarnya dua-dua boleh dan mudah. Ikut cara penggunaan.

Maksudnya?

  • Wang tunai Saudi Riyal.
  • Kad debit mastercard/Visa Bigpay.

Ini perkongsian jemaah umrah, Norafarhanis semasa ke Mekah dan Madinah pada November 2022.

Semasa saya di sana baru² ini November 2022, exhange rate dalam Google sekitar RM 126 untuk SAR 100.

Bila cash kita habis semasa di sana, teruk nau shopping sakan tak ingat dunia, boleh tukar duit MYR di sana. Boleh lah bawa lebih duit MYR kalau nak bawa. Tapi saya tak tukar pun sebab exchange rate mahal sangat dan tak berbaloi. Rugi banyak.

Cara terbaik ialah bawa duit backup dalam bentuk cashless. Saya ambil keputusan untuk menggunakan BigPay kerana penggunaanya sangat mudah.

Wang tunai mostly saya guna untuk beli makanan minuman tepi-tepi jalan, di kedai kaki bukit kawasan lawatan, van aiskrim dan sebagainya. Boleh juga guna untuk bersedekah. Standard harga semua SAR 5.

Berapa pula exchange rate mastercard BigPay?

Rate exchange di BigPay adalah sipi-sipi hampir-hampir dengan rate di Google dan ia berubah mengikut rate exchange semasa.

Maksudnya contoh kalau masa kita nak swipe kad nak bayar tu rate kat google SAR 100 = MYR 118 so dia akan tolak ikut rate tu la. Kalau esok pula kita shopping lagi, rate kat Google SAR = MYR 119, Bigpay akan tolak ikut tu juga.

Sepanjang guna BigPay di sana, saya withdraw cash sebanyak 3 kali dalam jumlah (SAR 1000, SAR 800 dan SAR 200). Itupun sebab perlu bayar tunai untuk bahagian infaq sabil yang kenalan² di Malaysia telah transfer. Bila withdraw nanti ada caj untuk withdraw sebanyak RM10. Kalau keluar sikit, rugi. Nak withdraw cash tu kena withdraw sedepuk baru berbaloi.

Selain itu, saya cuma swipe-swipe saja kad Bigpay tapi kena pastikan internet ada sentiasa baru transaksi berlaku.

bigpay

Di Mana Boleh Guna kad Bigpay?

McD, KFC, Hardess, Starbuck, Al-Baik, Bin Dawood, apa-apa saja kedai makan yang boleh paywave guna mastercard. Mostly memang semua ada. Even kedai runcit kecil pun, saya beli susu SAR 3 pun saya guna Bigpay je.

Shopping ole-ole pun di Safwah Tower, Clock Tower, kedai jubah, kedai kacang, sekitar hotel semua boleh. Cumanya ada peniaga-peniaga ni selalu tipu kata tak boleh guna kad. Saya kena waktu nak beli Shawarma di Madinah. Padahal dorang ada je machine untuk swipe kad tu, disorokkan. Kadang dia suruhnya kita pergi cari ATM withdraw cash.

Bagi saya exchange rate BigPay sangat berbaloi. Ada yang cadang untuk aktifkan kad ATM tapi saya tak pasti adakah exchange rate tu berbaloi seperti BigPay.

Lagipun risau nak bawa kad bank ATM ke luar negara sebab kad bank tu kita dah guna untuk pelbagai urusan kat Malaysia. Bigpay ni just guna bila nak guna pergi luar negara saja baru topup duit, saya takkan campurkan dengan urusan lain. Sampai Malaysia, kosongkan balik wallet Bigpay tu biar tinggal RM0.00.

Untuk yang belum tahu, BigPay adalah kad debit Mastercard founded by Tony Fernandes, Air Asia dan boleh digunakan diseluruh dunia. Kad BigPay akan automatic convert dan berikan notification berapa exchange rate sebaik sahaja kita sampai ke negara yang kita pergi. Cuma perlukan internet saja.

Ada banyak lagi kelebihan kad BigPay ni, cuma dalam posting ni saya sekadar nak highlight kan bab exchange rate yang lebih berbaloi.

Sebab KAD DEBIT BIGPAY mudah Digunakan di Mekah/Madinah.

  1. Tak perlu hubungi bank untuk aktifkan penggunaan kad debit/kredit di luar negara.
  2. Tak Perlu Tukar Duit Banyak2, Guna jer kad debit Bigpay lebih selamat. Cashless.
  3. Incase kad hilang, just freeze kan kad guna apps. Tiada siapa boleh guna kad BigPay anda.
  4. Penggunaan di luar negara tanpa charge tambahan. Hanya ikut Currency semasa.
  5. Mudah tambah nilai (topup) kalau baki di dalam akaun BigPay berkurangan. Anytime boleh transfer duit menggunakan online banking apps.

Mohon Kad Debit BigPay Sekarang!

Jadi kepada sesiapa yg tak nak pening-peningkan kepala nk kena cari money changer untuk tukar duit, terus apply Bigpay hari ini.

Mohon hari ini, kad akan sampai di rumah dalam masa 5-10 hari.

Untuk Referral Code, kami amat berbesar hati jika anda gunakan referral ini:

1LLVAU91HH

Baca Juga: Kelebihan dan Kekurangan Kad Debit BigPay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge