kompaun

Buat 7 Kesalahan Trafik Ini, Terus Dibawa Ke Mahkamah.

Menjelang Tahun Baru Cina 2023 yang bakal disambut pada 22 dan 23 Januari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang tidak dibenarkan kompaun.

Tujuh kesalahan lalu lintas utama telah dikuatkuasakan sempena Ops Bersepadu tahun ini iaitu: 

  1. memotong barisan
  2. memotong di garisan berkembar
  3. tidak mematuhi isyarat lampu merah
  4. memandu melebihi had laju
  5. menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  6. tidak memakai tali pinggang atau topi keledar
  7. memandu di lorong kecemasan.

Semua kesalahan ini tidak boleh dikompaun. Semua perlu diselesaikan di Mahkamah.

Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka lebih awal mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya.

Kementerian Kerja Raya turut mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan menerusi Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya.

Baca Juga: Beli Hibah Dan Jana Pendapatan

Sebagai langkah sementara, KKR mewartakan pengurangan had laju di Jalan Persekutuan kepada 80 km/j dan Jalan Negeri kepada 70 km/j berkuatkuasa 18-27 Januari 2023.

Semua pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perialanan dan papan tada arah yang disediakan semasa melalui semua jalan raya dan plaza tol bagi memastikan kelancaran trafik.

Sepanjang tahun 2022, sebanyak 53 lokasi panas telah dibaik pulih dengan kos berjumlah RM17.2 juta, diikuti pemasangan lampu jalan di 40 lokasi berisiko kemalangan akibat jalan gelap. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge