
10 Kelebihan Dan Kekurangan Kad BigPay
Pernah dengar tentang BigPay? Ya, mungkin ada yang pernah mendengarnya tetapi tidak tahu dan tidak jelas pun apa sebenarnya BigPay.
BigPay merupakan sejenis Dompet Digital (eWallet). Anda boleh menggunakannya apabila ingin melakukan transaksi bayaran tanpa menggunakan cash atau wang tunai.
Antara kelebihan BigPay berbanding eWallet lain adalah mampu menyediakan perkhidmatan kewangan dengan kadar rendah dan lebih selamat untuk semua. Cara daftar dan guna BigPay juga lebih mudah dan mampu digunapakai oleh semua golongan di seluruh dunia.
Cara Daftar BigPay
Kami amat kagum dengan cara daftar BigPay yang pantas, tanpa kertas dan mudah.
Dua syarat penting apabila memohon BigPay;
- Warganegara atau penduduk tetap Malayisa.
- Umur 18 tahun dan ke atas.

Pertama, muat turun aplikasi BigPay:
Teruskan untuk install dan ikuti arahan yang diberikannya.
Antara butir-butir yang diminta termasuklah:
- Nama seperti dalam IC/MyKad
- Alamat email
- Tarikh lahir
- Jantina
- Warganegara
- Nombor IC/MyKad (masukkan nombor sahaja)
- Pekerjaan (Pilih daripada senarai yang disediakan)
- Industri pekerjaan
- Gambar IC anda
- Gambar Selfie anda
- Video anda dengan suara
- Alamat untuk hantar kad BigPay
- Referral Code – 1LLVAU91HH
Untuk Referral Code, kami amat berbesar hati jika anda gunakan referral ini:
Cara Guna BigPay
Selepas mendaftar, anda akan mendapat 2 benda:
- kad fizikal prepaid jenis Visa atau Mastercard BigPay
- aplikasi eWallet BigPay di telefon pintar.
Untuk kad fizikal, anda boleh menggunakan sama seperti kad debit bank. Anda boleh menggunakannya untuk membeli barang keperluan, membayar bil utiliti mahu pun ketika melancong ke luar negara.
Untuk eWallet, anda boleh topup dan simpan duit anda di dalamnya dan buat bayaran terus daripada telefon anda.
Sebelum menggunakan BigPay, pastikan anda telah tambah nilai (topup) ke dalam eWallet BigPay.
Bigpay diterima di seluruh dunia kecuali Korea Utara dan Israel.
Kelebihan Kad BigPay
1# Kad Prepaid BigPay
Kad Prepaid BigPay diberi secara PERCUMA. Penggunaannya sama seperti kad debit/kredit bank tempatan. Anda boleh miliki kad Visa atau MasterCard yang boleh digunakan di seluruh dunia tanpa perlu susah-susah memohon dengan bank.
Anda boleh membuat trasaksi secara PayWave atau nombor pin di semua premis yang menerima kad Visa atau MasterCard.

Kad BigPay bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia, malahan diterima di seluruh dunia kecuali Israel dan Korea Utara.
Prosedur penggunaan kad BigPay di luar negara juga lebih mudah berbanding kad bank tempatan yang perlu diaktifkan terlebih dahulu. Anda boleh terus membayar menggunakan kad BigPay di luar negara.
Jadi, anda hanya perlu menyimpan tunai di dalam kad BigPay semasa melancong ke luar negara. Tiada cas tambahan dikenakan semasa menggunakannya di luar negara. Hanya currency exchange sahaja. Itu pun dengan kadar yang rendah berbanding penyedia perkhidmatan lain.
Anda juga boleh menggunakan Kad BigPay untuk shopping di kedai atas talian (online shop) seperti Amazon, Aliexpress dan sebagainya.
2# Kad BigPay Lebih Selamat
Selamatkan penggunaan BigPay?
Untuk makluman. BigPay diluluskan serta mendapat kelulusan daripada Bank Negara.
Aplikasi BigPay juga dilengkapi dengan sistem sekuriti seperti fingerprint dan juga facial recognition untuk melindungi wallet pengguna.
Tidak seperti kad kredit atau debit lain, jika berlaku kehilangan kad, anda perlu menghubungi pihak bank untuk melaporkan kehilangan. Ia pasti mengambil masa. Ini kelebihan BigPay yang tidak disediakan oleh pihak lain.
Jika kad BigPay anda hilang, anda hanya perlu membuka aplikasi BigPay dan tekan butang “Freeze Card”. Kad anda akan deactivate dan tidak boleh digunakan on the spot.

Seterusnya anda boleh laporkan kehilangan menggunakan aplikasi tersebut. Senang bukan?
3# Guna Kad BigPay Untuk Keluarkan Tunai
Boleh ke keluarkan cash menggunakan kad BigPay? Boleh.
Anda hanya perlu ke ATM yang mempunyai logo MasterCard atau Visa. Sama ada anda sedang berada di Jepun, Australia, Singapore atau dalam Malaysia, anda boleh melakukan pengeluaran wang tunai. Janji dalam kad BigPay anda mempunyai baki mencukupi.
Mungkin anda tengah melancong di luar negara dan anda perlukan cash, boleh gunakan kad BigPay.
Untuk pengeluaran dari mesin atm, cas dikenakan RM6 untuk dalam Malaysia dan RM10 luar dari Malaysia.
Oh ye, anda juga boleh transfer kembali duit di dalam akaun BigPay ke akaun bank. Hanya cas 50 sen dikenakan untuk transfer ke bank Malaysia. Prosesnya juga singkat, hanya sekitar 1 hari.
4# Kad BigPay Tidak Dilink Dengan Kad Bank
Ini penting untuk situasi hari ini. Banyak masalah terjadi apabila aplikasi eWallet dihubungkan secara terus dengan akaun atau kad bank. Sedia maklum, scammer suka mengambil kesempatan dengan cara ini.
BigPay membenarkan anda untuk topup atau tambah nilai secara manual. Tidak perlu untuk menghubungkan kad BigPay dengan akaun bank. Lebih selamat.
Jika berlaku kecurian kad pun, anda hanya kerugian dalam jumlah yang minima sahaja.
Dan jika pencuti menggunakan kad tersebut, paling banyak boleh dibelanjakan hanya RM250.
Kerana RM250 adalah limit untuk pembayaran contactless. Lebih daripada itu kena gunakan pin.
5# Hubungkan DuitNow Dengan BigPay
Kini, BigPay juga sudah menjalin kerjsama dengan pihak DuitNow. Anda sudah boleh pindahkan wang anda dengan lebih mudah dan pantas berbanding pemindahan cara biasa.
Dengan adanya DuitNow, anda boleh transfer duit BigPay ke akaun DuitNow yang lain termasuk akaun bank tempatan tanpa apa-apa caj tambahan. Bukan itu sahaja, ianya akan masuk ke akaun bank secara terus.
6# Monitor Perbelanjaan Di Apps BigPay

Segala transaksi yang berlaku akan ditulis di dalam aplikasi tersebut dengan setiap kategori tertentu. Sekali gus anda boleh tahu perbelanjaan anda setiap hari. Anda juga membuat analisa perbelanjaan bulanan.
Jika ada duit keluar atau duit masuk, semua akan akan terpapar. Jadi tak perlu risau, jika ada transaksi yang tidak dikenali.
7# Dapat Big Points Bagi Setiap Transaksi
Sama seperti eWallet lain, BigPay juga ada menawarkan mata ganjaran bagi setiap transaksi iaitu BIG Points. Jika anda buat pembayaran dimana-mana kedai atau pembelian, anda akan dapat point dengan kada yang ditetapkan
- Transaksi menggunakan kad, RM30 = 1 point
- Bayar bil menggunakan aplikasi BigPay, RM20 = 1 point
- Bayar guna DuitNow, RM30 = 1 point
Lebih banyak anda bebelanja, lebih banyak mata atau point yang anda boleh kumpul.
8# Kumpul Big Point Untuk Setiap Transaksi
Untuk setiap transaksi RM30 melalui BigPay, kita akan dapat 1 BIG Point.
Bayar bil, beli barang semuanya boleh dapat BIG Points.
Kecuali untuk jika kita terima atau hantar duit. Yang ini tak dapat.
Apa guna BIG Point ini?
Bila point banyak boleh tukar dengan tiket flight percuma.
Selain itu, anda boleh menggunakannya untuk:
- Menginap di Hotel Tune, Rocketmiles, Kaligo…
- Membeli di Santan Cafe, T&co Cafe…
9# Dapat Diskaun Beli Tiket AirAsia
Jika kita guna Kad BigPay untuk beli tiket kapal, kita boleh dapat diskaun sehingga RM32.

Begitu juga jika kita guna BigPay untuk prebook luggage dan meals dalam kapal. Beli makanan dalam AirAsia dapat diskaun RM2. Lagi jimat kan.
Siapa tak bahagia bila dapat diskaun kan?
10# Tidak Risau Overbudget
Kad BigPay adalah sejenis prepaid iaitu anda perlu masukkan sejumlah tunai. Anda hanya boleh belanjakan apa yang ada dalam balance e-wallet sahaja. Pastinya anda tidak akan berhutang.
Kekurangan Kad BigPay
Tiada perkara yang sempuran 100%. Tidak dinafikan banyak kelebihan apabila anda memiliki kad BigPay. Namun, ianya mustahil untuk tiada langsung kekurangan. Kad BigPay juga mempunyai kekurangan.
Antara kekurangan kad BigPay adalah:
- Anda hanya boleh menyimpan maksimum RM10,000 sahaja di dalam kad dalam satu-satu masa.
- Maksimum bilangan pengeluaran melalui ATM hanya terhad kepada 10 kali dalam satu hari.
- Maksimum jumlah pengeluaran hanyalah RM10,000 dalam satu hari. Jadi, rancang perbelanjaan terutama semasa melancong ke luar negara.
- Tidak boleh digunakan di Korea Utara dan Israel.
- Ada seller atau premis yang tidak menerima Prepaid MasterCard atau Prepaid Visa.
Mohon BigPay Sekarang
Diharapkan dengan senarai kegunaan dan kelebihan yang ditawarkan oleh BigPay ini memberi sedikit gambaran untuk mereka yang pertama kali ingin menggunakannya.
Sekiranya, anda kerap menggunakan kaedah bayaran secara cashless atau ingin berbelanja ketika melancong di luar negara, sangat berbaloi untuk anda dapatkan kad BigPay ini. Jangan lupa gunakan Kod Referral 1LLVAU91HH di LINK ini ya!