
4S Dalam Fasa Kehidupan
Hari demi hari, setiap daripada kita akan menempuhi fasa kehidupan yang berbeza. Apabila seseorang itu meningkat umurnya, tanggungjawab dan komitmennya juga akan bertambah. Golongan dewasa yang melangkah ke alam pekerjaan akan membeli kereta pertama, rumah pertama, dan seterusnya memulakan keluarga.
Keperluan golongan ini sangat berbeza dengan mereka yang menghampiri persaraan atau jika ianya seorang anak kecil.
Mereka yang berada di jalan yang betul, akan sentiasa ‘upgrade’ kualiti diri dari satu fasa ke fasa lain.
Bagaimanakah cara terbaik untuk menaiktaraf kualiti diri?
Fasa Pertama: Survival
Fasa yang pertama. Permulaan kebanyakkan manusia.
‘Survive’ bulan ke bulan dengan mengharapkan gaji yang di terima setiap bulan.
Fasa Kedua: Security
Boleh bayar bil-bil, ada rumah untuk berteduh, ada kereta untuk ke destinasi yang hendak di tuju.
Selesa dan selamat.
Fasa Ketiga: Success
Kalau anda dalam golongan ni, duit bukan lagi masalah bagi korang.
Anda dah tak pening-pening kepala nak bayar ansuran pinjaman dan bil-bil.
Anda bukan setakat ada keperluan tapi ada apa yang anda nak. Anda tak drive kereta yang mampu milik, anda drive kereta yang anda mahu.
Anda tak duduk rumah yang anda mampu tapi duduk rumah yang anda mahu. Melancong ke destinasi impian yang anda mahu.
Baca Juga: Surirumah Bangkit Selesaikan Hutang Setengah Juta!
Fasa Keempat: Significance
Ni level kerajaan langit ayah pin. Maksudnya level paling tinggi.
Kalau anda berada pada tahap ni, anda dah tak fikir sangat pasal diri sendiri. Anda asyik fikir pasal orang lain.
Anda fikir pasal macam mana untuk bantu atau beri impak pada orang lain. Anda fikir macam mana nak tinggalkan legasi pada agama, bangsa dan negara.
Macam mana anda nak upgrade diri dari ‘Fasa Survival’ ‘Fasa Security’
‘Fasa Success’
‘Fasa Significance’ ???
Jawapan: SKILL
Perkongsian yang bagus ni. Fasa kehidupan kita
Geng Borak recently posted…Penerbangan Terakhir MH370 dan MH17
Mungkin berada dalam fasa Security. Berdoa dapat teruskan ke fasa berikutnya yang lebih baik.
Zaini recently posted…5 Punca Dengkur dan Cara Merawat Dengkur