sihir

“Orang Islam Tunai Solat Setiap Hari Sukar Disihir. Sentiasa Dalam Kubah Pelindung”-Ahli Sihir Rusia

Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat.

Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.

Sihir Sangat Susah Tembusi Orang Islam

“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung.

“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif,” katanya.

Tambah ahli sihir wanita itu, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun kaedah yang digunakan seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.

“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka,” ujarnya.

Surah Pendek Pelindung Sihir

Khalid bin bin Abdurrahman bin Ali al-Jarisy dalam kitabnya Ar-Ruqyah as-Syar’iyyah Kamilah Min Alquran wa as-Sunnah menjelaskan beberapa surat pendek boleh dijadikan amalan sebagai pelindung dan pendinding sihir. Surah tersebut adalah:

1. Surat Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ#الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ#الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ#مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ#اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ#صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, MahaPpenyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

2Surat Al-Ikhlas (3 kali)  

 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ#اللَّهُ الصَّمَدُ#لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ#وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ 

“Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.”

3. Surat Al-Falaq (3 kali) 

 قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ.مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ.وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ.وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya),dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.”

4. Surat An-Nas (3 kali)

 قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ.مَلِكِ النَّاسِ.إِلَٰهِ النَّاسِ.مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ.الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ.مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

“Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.”   

Perlindungan yang terbaik dari sihir adalah berlindung kepada Allah SWT. Semoga kita semua dijauhi daripada ujian sebegini.

 

One Reply to ““Orang Islam Tunai Solat Setiap Hari Sukar Disihir. Sentiasa Dalam Kubah Pelindung”-Ahli Sihir Rusia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge