jangan beri hutang

Jangan Buat 3 Perkara Ini Demi Kepentingan Kewangan Masa Depan Anda.

Anda mesti pernah mendengar atau membaca keluhan seseorang tentang kesengsaraannya menagih bayaran hutang daripada mereka yang berhutang.

Mereka yang berhutang dengan anda, namun anda yang perlu ‘mengemis’ untuk mendapatkan kembali hak anda? Kenapa ini yang terjadi sedangkan pada awalnya, niat anda hanya untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan?

TIADA JAWAPAN untuk persoalan di atas.

Cerita panjang, dipendekkan.

Jangan buat 3 Perkara di bawah ini untuk elak diri anda sengsara di masa hadapan

Jangan sesekali menjadikan ‘anda’ sebagai penjamin. Bank sendiri tidak yakin dengan pembeli, kenapa anda yakin yang mereka akan bayar pinjaman mereka?

Image via loanstreet.com.my

Jangan benarkan sesiapa, walaupun ahli keluarga anda ingin menggunakan nama anda sebagai peminjam. Eh dia yang nak pinjam kan. Pinjam sendiri, tak perlu libatkan anda. Perlu ingat, kerana duit, hubungan adik-beradik pun boleh bergelora apatah lagi sekadar sepupu.

Jangan pernah percaya orang, “Dah gaji aku bayar”. 90% mereka ini akan hilang daripada ‘radar’. Kalau anda ingin juga bagi hutang, pastikan dalam jumlah yang anda redha sekiranya duit itu tidak dikembalikan. Anggap sahaja sedekah.

Kesimpulannya, fikir terlebih dahulu sebelum memberi, walaupun mereka adalah ahli keluarga terdekat.

Sebab dah terlalu banyak cerita yang tidak best daripada cerita best.

Fikir-fikirkan lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge