Cara tingkatkan sistem imun badan

5 Cara Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan Semasa Penularan Covid-19.

Sehingga ke hari ini, vaksin untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 masih belum tercipta. Setiap pesakit yang dijangkit akan dirawat menggunakan kaedah tertentu dan proses penyembuhan turut bergantung kepada tahap imunisasi atau antibodi pesakit.

Banyak mitos mengenai cara untuk tingkatkan sistem imunisasi badan yang tidak terbukti secara saintifik dikongsikan oleh masyarakat di luar sana. Hanya kerana Adam, Muthu atau Ah Kow yang menggunakan sesuatu produk atau cara dan berkesan pada diri mereka, tidak semestinya produk yang sama turut memberi kesan positif kepada pengguna lain.

Dr Ling Shih Gang, seorang Consultant Paediatrician di Hospital Thomson, Kota Damasanra ada berkongsi pertanyaan daripada banyak pihak tentang cara menguatkan sistem imunisasi seseorang bagi melawan wabak Covid-19.

“Doktor, adakah wujud sebarang produk, herba, ubatan atau makanan tambahan yang boleh menguatkan sistem imunisasi diri saya?”

Dr Ling Shih Gang

Hanya satu jawapan yang Dr Ling Shin Gang akan jawab, “Tiada.” Tiada satu pun ubatan, herba atau supplemen yang terbukti berjaya menguatkan sistem imunisasi badan seseorang. No such magic bullet than can help us.

Beliau juga berkongsi 5 cara yang boleh membantu meningkat dan memperbaiki sistem ketahanan badan.

Baca Lanjut: Penyakit Kawasaki Ancam Kesihatan Kanak-kanak

5 Cara Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan

#1 Tidur Yang Mencukupi.

Seorang dewasa normal memerlukan tidur sebanyak 7-8 jam sehari. Orang yang lebih meningkat usianya memerlukan tidur yang kurang berbanding dewasa normal. Manakala, bagi kanak-kanak yang aktif, memerlukan tidur yang lebih lama.

Bagaimana untuk mengetahui tidur anda mencukupi setiap hari? Anda akan rasa cergas bertenaga sepanjang hari tanpa ada rasa mengantuk dan penat.

Tidur yang melebihi kadar sepatutnya tidak akan memberi kesan positifi kepada sistem imunisasi badan anda, malah hanya akan membazir masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti lain.

#2 Bersenam.

Jumpah masa senaman yang baik adalah sekurang-kurang 30min setiap sesi selama 5 hari setiap seminggu. Sekiranya ada peluang untuk bersenam setiap hari, itu lebih baik.

Macam mana level senaman yang baik? Tiada senaman yang khusus, cukup sekadar senaman anda mengeluarkan peluh. Pada anda yang tidak boleh melakukan aktiviti senaman yang memerlukan pergerakan fizikal, jangan risau.

Sebarang bentuk senaman boleh, asalkan bersenam dan berpeluh. Sekurang-kurangnya, pastikan tubuh anda bergerak. Something is better than nothing.

Kongsi Dr Ling Shin Gang, ada wargatua yang sentiasa berbaring di katil dan hanya duduk sesekali, mereka lebih berisiko untuk mendapat jangkitan paru-paru, Orthostatic Pneumonia.

#3 Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat.

Mikronutrisi di dalam makanan ada sangat penting kerana ia menyalurkan nutrisi penting dalam membina sistem imunisasi badan yang baik. Mikronutrisi yang tidak lengkap akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak dapat berfungsi secara normal..

Kita memerlukan Vitamin A, C & E bersama dengan mineral lain seperti zat besi, folate (Vitamin B) dan selenium di dalam pemakanan harian. Bagaimana untuk mendapat makanan yang lengkap dengan zat ini semua? Makan buah-buahan dan sayuran pelbagai warna, kekacang dan juga bijirin.

Jika sebelum ini, makanan seimbang selalunya merujuk kepada sistem piramid makanan, namun, hari ini, pakar diet dan nutrisi menggalakkan orang ramai untuk makanan seimbang yang dilengkapi daging.ayam/ikan bersama setengah pinggan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ada sesetengah orang yang tidak boleh atau gemar makan sayur-sayuran atau buah-buahan. Dr Ling Shin Gang mencadangkan agar mereka ini mengambil makanan tambahan (supplemen) multivitamin dan juga mineral.

Semestinya, pengambilan supplemen tidak sebaik mendapat sumber nutrisi secara langsung daripada sumber asli.

#4 Kurangkan Stress

Jika anda berada dalam keadaan stress, badan akan mengeluarkan Hormon Kortisol. Hormon kortisol yang tidak terkawal, bukan sahaja akan meningkatkan paras gula dalam darah, darah tinggi dan risiko sakit jantung, tetapi juga melemahkan sistem imunisasi badan.

Pasti semasa Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang berada dalam keadaan stress terperangkap di dalam rumah. Lagi mengeruhkan keadaan, ada yang dipotong gaji, diberhentikan kerja dan perniagaan yang terjejas. Ini adalah saat yang sukar untuk semua orang.

Seboleh mungkin, kawal stress anda. Jangan terlalu fikir perkara negatif. Pilih untuk hidup yang lebih gembira. Bersyukur dengan apa yang anda ada pada hari ini. Gunakan masa yang terluang di rumah untuk gelak ketawa bersama keluarga. Cari jalan yang terbaik untuk kurangkan rasa stress anda.

#5 Vaksinisasi

Status penghasilan vaksin melawan virus Corona masih dalam kajian pakar-pakar yang terlibat. Ada pihak mendakwa, vaksin ini hanya dapat dihasilkan pada September nanti, ada juga yang mendakwa ianya dapat dihasilkan selepas 18 bulan penularan Covid-19.

Dr Ling Shin Gang agak skeptical terhadap penghasilan vaksin ini kerana ianya sangat rumit dan banyak rintangan. Terutamanya, tahap kualiti dan keselamatan vaksin itu sendiri.

Jika anda tahu tentang coronavirus, risiko jangkitan adalah bukan kesan langsung daripada virus itu sendiri, tetapi virus itu akan memusnahkan sistem pertahanan badan untuk memberi kesan buruk kepada tubuh yang dijangkiti (cytokine system). Apabila ini terjadi, risiko kerosakan buah pinggang, hati, paru-paru akan menjadi lebih kritikal.

Jadi, untuk mereka yang tidak sihat secara normal atau mempunyai penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jnatung, masalah buah pinggang, perlu dielakkan daripada berada dekat dengan pembawa virus. Cara terbaik adalah dengan menggalakkan mereka duduk di rumah.

Mereka yang terlibat dengan tugasan frontliners atau mereka yang terdedah dengan orang ramai, seboleh mungkin, elak berjumpa dengan orang-orang tua yang lebih rendah tahap imunisasi. Sedia maklum, mereka yang dijangkiti Covid-19 ada yang menunjukkan simpton dengan nyata, ada yang langsung tiada simptom-simpton jangkitan.

Jika anda sayangkan ibu bapa anda, jangan balik dan mendekati mereka, buat sementara waktu ini. Elakkan balik kampung semasa Hari Raya nanti. Try to limit direct contact with them.

Kesimpulan

Tiada vaksin tidak bermakna anda tidak boleh melawan Covid-19. Seperti perkongsian cara meningkatkan sistem imunisasi di atas ini, amalkan sentiasa.

Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat, tidur mencukupi, senaman fizikal yang mencukupi, gelak ketawa dan bergembira bersama keluarga. Amalan ini semua akan meningkatkan sistem imunisasi badan dalam melawan Covid-19.

#kitajagakita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge