apa itu penyakit kawasaki

Selepas Covid-19, Penyakit Kawasaki Mengancam Kesihatan Ramai Terutama Kanak-kanak.

Terkini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa terdapat sindrom Kawasaki yang menyerang kanak-kanak yang sah positif Covid-19. Turut dilaporkan, sejumlah kecil kanak-kanak di Amerika Syarikat dan Eropoah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) mempunyai masalah keradangan pelbagai sistem badan dengan persamaan sindrom penyakit Kawasaki dan sindrom kejutan toksik.

Apakah Penyakit Kawasaki?

Penyakit Kawasaki adalah sejenis penyakit luar biasa berkaitan inflamasi salur darah di seluruh badan. Pesakit yang mempunyai sindrom Kawasaki mempunyai simptom-simptom seperti demam, ruam, pembengkakan kaki dan tangan, mata menjadi merah dan gatal, pembengkakan bibir dan kerongkong serta pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.

Setakat kes yang dilaporkan di seluruh dunia, kebanyakan pesakit Kawasaki berusia di bawah 5 tahun dengan kekerapan lelaki dijangkiti melebihi dua kali ganda jantina perempuan.

Penyakit “Kawasaki” diambil sempena nama seorang doktor pakar kanak-kanak yang menemui corak dan simptom penyakit ini pada tahun 1967. Kanak-kanak di Jepun paling kerap dilaporkan terkena jangkitan Kawasaki ini. Penyakiti ini dianggarkan menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Punca Penyakit Kawasaki?

Sehingga ke hari ini, tiada punca yang tepat ditemui. Pakar-pakar bersepakat bersetuju bahawa penyakit Kawasaki ini berpunca daripada jangkitan seperti virus atau bakteria. Tiada bukti kukuh penyakit ini boleh berjangkit.

Image via Kawasaki Kids Foundation

Simptom Penyakit Kawasaki?

Simptom penyakit Kawasaki biasanya bermula dengan 3 fasa:

Fasa Pertama

  1. Demam panas sehingga melebihi 39 darjah Celsius
  2. Mata kemerahan
  3. Ruam merah di bahagian badan terutama bahagian sulit.
  4. Bibir merah, kering-kering dan pecah-pecah
  5. Tapak tangan dan kaki bengkak-bengkak dan kemerahan
  6. Pembengkak di kelenjar leher
  7. Gelisah dan tidak selesa

Fasa Kedua

  1. Kulit menggelupas di hujung jari tangan dan kaki.
  2. Lenguh-lenguh sendiri
  3. Cirit-birit
  4. Sakit di bahagian perut

Fasa Ketiga

  1. Simptom-simpton di atas beransur-ansur hilang kecuali jika terdapat komplikasi lain.

Terkini, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu, meminta pakar di seluruh dunia supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan negara masing-masing sementara WHO akan kekal berwaspada dan lebih memantau sindrom ini pada kanak-kanak.

Cara Mencegah Penyakit Kawasaki.

Sehingga ke saat ini, tiada punca khusus ditemui yang boleh membantu pencegahan penyakit Kawasaki.

Paling penting, kebersihan dan kesihatan anak-anak perlu dijaga terutama bab pemakanan sihat dan suntikan imunisasi mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

16 Replies to “Selepas Covid-19, Penyakit Kawasaki Mengancam Kesihatan Ramai Terutama Kanak-kanak.”

  1. Aduhai… Seram pula melihat simptomnya apatah lagi bila penyaking ni menyerang kanak-kanak yang memang kita ketahui antara golongan yg mudah menjadi sasaran penyakit. Punca yang tak dapat dipastikan tu pun merisaukan juga. Minta dijauhkan.

  2. First time dengar nama penyakit Kawasaki ni. Info yang sangat bermanfaat terutama buat ibu bapa di luar sana. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah. Thanks for sharing!

  3. harap parents tak bawak anak2 keluar rumah. kurangkan masa di luar sebab punca penyakit pun taktau apa kan. risau betul

  4. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya. Memang Sal sentiasa perhati condition anak-anak. Sekarang duduk rumah ok lagi tapi bila sekolah dah bukak lagi kena extreme berhati-hati

  5. Betul oenyakit kawasaki ni memang tak tahu puncanya. Kawan saya dia ada share pengalaman yang anak dia lalui kena penyakit kawasaki ni. Dia siap kongsikan tanda tanda kawasaki yang kena pada anak anak.

  6. Terkejut kita mula-mula baca ada penyakit motor ker wakakak rupanya penyakit untuk kanak-kanak heheheheh nama kawasaki adakah ia ditemui di Jepun penyakit ni wakakaka tapi betul sekarang macam-macam jenis penyakit takut dengar…

  7. Kita memang kena sentiasa mengikuti perkembangan semasa daripada sumber yang boleh dipercayai kan… bukannya apa, kadang-kadang, too complacent membuatkan orang kita tak nak mengambil berat tentang perkara-perkara sebegini… saya sendiri risau apabila membaca journal tentang penyakit Kawasaki… semoga anak-anak kita terhiindar daripada segala penyakit… insyaAllah…#kitajagakita
    De Alif recently posted…KOMPILASI EPISOD RAMADHAN UPIN & IPINMy Profile

  8. Dah macam bunyi nama motor dah. Rupa nya penyakit. Risau juga kalau serang kanak. Dah dah sekarang penyakit covid pun tiada vaksin. Sekarang ni banyak benda kena alert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge