cara daftar QR code

Daftar SELangkah.my Dan Guna Kod QR Sebelum Melangkah Ke Pejabat Dengan Lebih Selamat.

Minggu ini, kebanyakan syarikat sudah beroperasi dengan kapasiti semaksimum mungkin. Setelah hampir 2 bulan duduk di rumah, sudah tiba harinya slogan “Kita Jaga Kita” dipraktikkan sepenuhnya. Setiap staff yang bekerja semasa tempoh PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 ini perlu mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, mereka berjuang untuk 2 perkara, berjuang memutuskan rantaian Covid-19 dan berjuang memulihkan kembali ekonomi organisasi masing-masing yang terjejas teruk sebelum ini.

Sejauh mana anda rasa selamat apabila melangkah masuk ke pejabat anda? Jika di premis itu, hanya anda berseorang sahaja, ianya terjamin selamat.

Bagaimana pula jika premis anda sentiasa dikunjungi oleh orang luar, sama ada pelanggan, pembekal, atau pun abang PosLaju atau Shopee? Adakah mereka yang masuk ke premis anda betul-betul bebas Covid-19?

Apa pula reaksi anda sekiranya mereka disahkan pesakit positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan simptom dan hanya dapat dikesan selepas beberapa hari mereka datang ke premis anda?

Sejajar dengan seruan Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggesa agar semua kakitangan yang beroperasi hari ini mendaftar rekod kehadiran semua pengunjung ke premis mereka, maka aplikasi SELangkah.my diwujudkan yang bakal membantu dan memudahkan urusan.

3 Langkah Daftar SELangkah.my

Pemilik premis digalakkan mendaftar dengan SELangkah.my dan mencetak kad QR di lokasi premis.

Langkah 1# Layari SELangkah.my

Langkah 2: Daftar premis baru dengan mengisi butiran yang diperlukan. Kemudian, pilih SIMPAN dan seterusnya.

Langkah 3: Cetak Kod QR dan tampal di pintu masuk premis anda.

Pengunjung Premis Perlu Imbas Kod QR Sebelum Memasuki Premis.

Setiap pengunjung ke premis anda perlu mengimbas kod QR sebelum memasuki premis.

Langkah 1: Buka kamera dan imbas kod QR pada poster di pintu masuk premis.

Langkah 2: Daftar nombor telefon bimbit anda. Ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Butiran diri anda tidak akan didedahkan kepada pemilik premis atau orang awam lain. Hanya pihak berwajib sahaja boleh menghubungi anda jika perlu.

Langkah 3: Anda akan menerima no pin. Langkah sasuk ke premis dengan yakin. Tunjukkan nombor pin sekiranya diminta pihak premis.

Langkah 4: Dengan cara ini, pihak berwajib mempunyai akses untuk menghubungi anda sekiranya anda terdedah dengan kes Covid19.

Adakah imbas Kod QR satu KEWAJIPAN sebelum memasuki premis?

Tidak. Anda berhak untuk tidak mengimbas atau mendaftar kehadiran. Namun, anda mungkin gagal dihubungi sekiranya anda terdedah kepada punca jangkitan Covid19 di premis tersebut.

Bolehkah SELangkah.my mengesan (tracing) kedudukan saya seterusnya?

Tidak boleh. Aplikasi ini hanya merekodkan butiran kehadiran anda di premis tersebut. SELangkah.my tidak mempunyai kapasiti untuk mengesan kedudukan anda sama ada melalui GPS atau lain-lain perisian.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.selangkah.my .

One Reply to “Daftar SELangkah.my Dan Guna Kod QR Sebelum Melangkah Ke Pejabat Dengan Lebih Selamat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge