Site icon Lima Minit

Biodata: Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Perdana Menteri Ke-9

Jumaat, 20 Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.

Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9

Biodata Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tarikh lahir: 18 Januari 1960
Tempat lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)
• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik
• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)
• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)
• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Keluarga

• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:
– Nina Sabrina
– Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi
– Nashriq
– Iqbal

JAWATAN DALAM POLITIK:

JAWATAN DALAM KERAJAAN:

ANUGERAH

Tahniah YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Selamat menjalankan amanah Datuk Seri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Exit mobile version