Site icon Lima Minit

Wasiat Harta Kepada Anak Angkat. Boleh Atau Tidak?

wasiat anak angkat

Soalan: Saya mempunyai seorang anak angkat. Oleh kerana anak angkat tidak mendapat pesaka adakah boleh saya mewasiatkan harta saya untuknya?

Bagaimana kalau nanti anak-anak saya tidak bersetuju?

Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus:

Telah ijmak oleh ulamak bahawa anak angkat tidak mendapat harta pesaka jika ibu bapa angkatnya itu mati sekali pun anak angkat tersebut dipelihara oieh ibu bapa angkatnya sejak dari dilahirkan.

Oleh itu dalam keadaan seperti ini hendaklah ibu bapa angkatnya mewasiatkan hartanya kepada anak angkat tersebut.

Jumlah paling banyak yang sah diwasiatkan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkat ialah satu pertiga dari semua harta.

Telah diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqas r.a. katanya kepada Rasululah saw :

يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

Artinya : Wahai Rasulullah! Adakah boleh aku wasiatkan sekelian hartaku? Rasulullah menjawab : Tidak boleh. 
Kataku lagi : Kalau separuh hartaku?
Jawab Rasulullah : Tidak boleh.
Kataku lagi : Kalau satu pertiga dari hartaku?
Jawab Rasulullah : Satu pertiga dah dikira banyak. Sungguhnya kamu tinggalkan segala warismu dalam keadaan cukup adalah lebih baik dari kamu tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup dengan menadah tangan meminta-minta dari manusia.” (Hadith riwayat Bukhari)

Maka difaham di sini bahawa sebanyak-banyak harta yang boleh diwasiatkan kepada anak angkat ialah satu pertiga dan harus jika kurang dari satu pertiga.

Jika lebih dari satu pertiga seperti semua harta atau separuh maka memerlukan kebenaran sekelian waris bagi empunya harta itu.

Dan apabila ibu bapa angkat sudah mewasiatkan satu pertiga dari hartanya untuk anak angkat itu nescaya wajib waris menyerahkan jumlah tersebut samada para waris bersetuju atau tidak kerana telah menjadi hak anak angkat.

Beberapa contoh pengambilan harta pesaka secara haram :

Wallahua’lam…

Exit mobile version