Site icon Lima Minit

Kelebihan Melakukan Sujud Sajadah

sujud sajadah

Tahukah anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani, terdapat 15 tempat bagi bacaan sujud Sajadah.

Kesemua ayat ini ditandai dengan gambar atau simbol rajah seperti kubah masjid, sebagai petunjuk bahawa ia adalah ayat Sajadah. Ayat-ayat tersebut ialah:

Fadilat Sujud Sajadah

Sebagaimana yang diketahui, setiap amalan yang dilakukan oleh Baginda, Rasulullah s.a.w. mempunyai begitu banyak hikmahnya, sama ada yang kita sedari atau tidak.  

Sujud sajadah juga tidak terkecuali.

Antara hikmah melakukan sujud ini ialah:

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya, 

“Apabila anak cucu Adam telah membaca ayat sajadah, kemudian dia sujud. maka syaitan itu akan menjauhi sambil menangis, dan berkata, “Sungguh celaka, anak cucu Adam diperintah untuk sujud kemudian dia sujud, maka baginya adalah syurga. Dan aku pun diperintahkan untuk sujud, tetapi aku mengabaikannya, maka bagi ku adalah neraka.”(HR Muslim)

Mereka yang sujud saat mendengar bacaan sajadah,  adalah mereka yang tergolong di kalangan yang khusyuk, tawaduk serta takut kepada Allah. Firmannya dalam surah Maryam: 58

“Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) ar-Rahman, mereka tunduk dan bersujud serta menangis.”

Dan firman Allah surah an-Nahl: 49 & 50, “Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak, serta malaikat, sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takabbur (daripada beribadat dan sujud kepada-Nya). Mereka takut kepada Tuhan mereka, yang mengatasi mereka (dengan kekuasaan-Nya) serta merta mengerjakan apa yang diperintah.

Jika malaikat yang kerjanya hanya beribadat kepada Allah tanpa melakukan sebarang dosa turut tunduk dan bersujud, tidak berlaku sombong serta takabbur, apatah lagi manusia seperti kita yang bersifat lemah.  Wallahu a’lam

Exit mobile version