Site icon Lima Minit

Sebab Berlaku Pengeluaran RM10K Daripada KWSP.

withdraw KWSP

Tarikh 1 April lalu diingati ramai sebagai detik bermulanya tarikh permohonan satu lagi pusingan pengeluaran awal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara “sekali keluar” (one-off) sejak dua tahun terakhir ini. Ia menyusul selepas kebenaran pengeluaran terdahulu- i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Kenapa Berlaku Pengeluaran daripada KWSP Sebanyak 4 kali?

Tahap KRITIKAL

  1. Tak ada dah wang di tangan.
  2. Sumber pendapatan bulanan dah tiada
  3. Hutang keliling pinggang
  4. Takde duit dah nak byr komitmen bulanan
  5. Sumber pendapatan Perniagaan terhenti, tiada modal, rancang duit KWSP nak buat modal, bayar hutang-hutang, wang kecemasan belum tentu ada baki daripada KWSP tu.

Tahap SEMI KRITIKAL

  1. Masih ada sumber pendapatan , sumber terhad, tiada Wang Kecemasan
  2. Banyak Hutang tapi tak mampu bayar secara konsisten.
  3. Fikir duit KWSP nak reserve untuk Wang Kecemasan, maybe ada kemungkinan terpaksa bayar hutang yang culas-culas tu.

Tahap BIASA-BIASA

  1. Masih ada sumber pendapatan ada sedikit wang kecemasan min 3 bulan.
  2. Nak keluarkan KWSP rasa macam nak LABUR atau start berniaga.
  3. Tak pernah melabur dan tak pernah berniaga.

Tahap BAIK

  1. Masih ada sumber pendapatan yang konsisten.
  2. Wang kecemasan lebih 6 bulan.
  3. Hutang mampu bayar secara konsisten
  4. Nak kuarkan KWSP asbab nak kembangkan duit KWSP ke pelaburan yang lebih tinggi.

Bermacam-macam keadaan kewangan di antara kita. Setiap daripada kita tidak sama. Keputusan kewangan tak boleh nak ikut-ikut orang lain. Kena cari solusi yang sesuai.

Tapi EMOSI nak kena baiki dulu…

Cadangan MJ secara peribadi…..

Kita melalui fasa kritikal ketiadaan dan ketidakcukupan dan gangguan emosi, tetapi kita perlukan satu cara yang terbaik supaya seimbang di antara rancang kewangan untuk kehidupan (Jika umur panjang) dan kematian ( jika tak panjang umur tapi ada hari kebangkitan yang akan di tanya ttg MASA/ILMU/HARTA & TUBUH BADAN).

Langkah 1 : ISU EMOSI

  1. Ramai dah tak sabar untuk menekan butang permohonan KWSP pada 1hb April
  2. InshaAllah pada 3hb April kita akan bermula 1st Ramadhan dan menuju kpd syawal.
  3. Emosi berbelanja mungkin tidak terkawal.

SOLUSI

Langkah 2 : Makan VITAMIN 3 D

  1. DESIRE
  2. DIRECTION
  3. DISCIPLINE

Mesti ada DESIRE yang tinggi untuk ubah budaya mengurus kewangan. Kenapa ketika KRISIS berlaku gangguan EMOSI kewangan dan kehidupan kerana 10 tahun sebelum KRISIS kita alpha tidak ada DESIRE yang TINGGI untuk urus kewangan.

Bila dah wujud DESIRE wajiblah kena ada HALATUJU ” DIRECTION” atau “BLUEPRINT” apa yang nak di capai OBJEKTIF…Sekecil2 OBJEKTIF jika dapat di capai maka berlaku PROGRESS kejayaan kewangan dan kehidupan.

Bila dah ada “DIRECTION” atau “BLUEPRINT” wajiblah lah kena supply “DISCIPLINE” yang tinggi untuk TINDAKAN secara ISTIQOMAH….

Kalau uollls tak makan VITAMIN 3D ni maka lupakanlah untuk berjaya dalam KEWANGAN, KEHIDUPAN dan KEMATIAN anda…

Langkah 3 : ISU ZAKAT 2.5% x RM10,000

Langkah 4 : ISU HUTANG

Kira Hutang-Hutang dengan Allah, manusia, bank, LHDN , SSM – Kematian kita tidak boleh meninggalkan hutang.

Rasulullah SAW tidak mahu solat jenazah sahabat yang mati meninggalkan hutang 3 dinar sehingga ada yang sanggup menanggung hutang tersebut untuk di bayar baru Rasulullah SAW solat jenazah kan si mati.

Hadis Nabi, akan di ampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. SAW bersabda ” Demi jiwaku dalam kekuasaan Allah, jika seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah ( mati syahid ), dan sekiranya dia terbunuh pada jalan Allah lagi dan sekiranya Allah menghidupkannya semula kemudian dia terbunuh pada jalan Allah tetapi dia meninggalkan hutang maka dia tidak akan masuk syurga selagi hutangnya selesai. 3 kali mati syahid tetapi masih mati dalam keadaan meninggalkan hutang maka tidak akan di terima syurga .

ISU BESAR HUTANG ! ! HADAM SOALAN & JAWAPAN DI BWH NIH !

Oleh kerana beratnya kesan akibat tidak dapat menyelesaikan pembayaran hutang, maka mari kita teliti beberapa permasalahan hutang dan apa prinsip Islam secara ringkas seperti persoalan berikut:

Maka atas alasan tersebut, kita sewajarnya mengisytiharkan hutang kita samada hutang dengan Allah atau hutang kita dengan manusia. Takut-takut apabila kita mati, walaupun dalam keadaan kita meninggalkan harta tetapi pewaris kita tidak mengetahui bahawa kita ada hutang yang wajib dilunaskan.

Langkah 5 : ISU WANG KECEMASAN

Senaraikan semua perbelanjaan KEPERLUAN, hapuskan perbelanjaan KEHENDAK.Terkadang banyak perbelanjaan yang kita bayar tapi kita tak gunakan sepenuhnya bermaksud ia hanya kehendak bukan keperluan .

Kurangkan perbelanjaan KEPERLUAN seminima mungkin.Belajar berjimat.

SOLUSI

Daripada perbelanjaan KEPERLUAN tadi ambil bajet drp KWSP untuk reserve 1-3 bln dalam ASB/TH/KOPERASI sementara tiada keperluan untuk pakai supaya ia beranak juga dividen antara 3% – 5% setahun.

Usaha cari PENDAPATAN TAMBAHAN untuk meningkatkan jumlah WANG KECEMASAN anda.

Join perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan risiko yang besar ( cth : Dropship, join affiliate system, ejen Takaful, ejen coway dsb ).

Langkah 6 :ISU PELABURAN

SOLUSI

Instrumen pelaburan sangat banyak ( low , medium and high risk ).

Senaraikan semula semua jenis aset yang uollls ada. Dah sign up ke MJ punya MY FINANCIAL APPS ( MFA ) login app.forensikkewangan.com. Korank boleh guna seumur hidup untuk senarai aset listing yang lebih tersusun. Mampu milik pakai seumur hidup.

Selepas buat aset listing termasuk duit KWSP tersebut korank gunakan konsep “DIVERSIFICATION ” iaitu mempelbagaikan sumber pelaburan kepada beberapa bakul supaya boleh mempuratakan REWARDS & RISK .

SIMPAN ( Low Risk – Prinsipal duit pokok guaranteed tak hilang – cth Bank, ASB, TH, Koperasi, FD ). Untuk kategori SIMPAN ini kita tak perlu sangat ILMU yang tinggi untuk belajar kerana simpanan ini merujuk kepada sejarah pulangan sebelum sahaja kerana kurang risiko duit pokok masih kekal.

LABUR ( Medium & High Risk – Prinsipal duit pokok tidak dijamin kekal, ada charges dikenakan contohnya labur di Unit Amanah, Saham, wahed invest, crypto, Private mandate, Rpsi dsb ).Untuk instrumen LABUR ini tidak boleh untuk bertindak tanpa ILMU. Wajib bagi anda masuk belajar, bertalaqi, membaca, study carta dsb…… Jika anda masuk gelanggang ini tanpa ILMU maka anda akan kecundang. EMOSI akan lebih teruk sebelum pengeluaran KWSP kerana duit KWSP pun lesap.

BELI EMAS OK ke MJ ? ? Berbalik kepada perancangan jangka masa PENDEK, SEDERHANA dan PANJANG…jika nak buat standby WANG KECEMASAN tak sesuai letak pada emas kerana melihat kepada harga BELI & JUAL emas agak ambil masa untuk kita untung selepas membeli. Setahun belum tentu untung… tetapi ada orang yang memang PELABUR emas yang membeli dengan jumlah yang besar dan dapat keuntungan yang agak besar dalam setahun. Ini kena berbalik kpd OBJEKTIF.

Emas memang boleh dipajak dan ada kecairan duit tetapi anda kena kaji yuran pajak berapa % yang dikenakan kepada anda jika anda pajak. Upah pajak menyebabkan duit kita menyusut di tambah pula dengan kadar inflasi antara 2%-3%.

Dari segi ” LIQUIDATION” iaitu kecairan aset, puratakan aset cair & aset tetap. Ada yang silap langkah banyak aset tetapi aset susah di cairkan contohnya tanah dan rumah yang terlalu banyak sehingga jika berlaku sesuatu kecemasan susah untuk di cairkan dan mengganggu emosi.

Langkah 7 : ISU KWSP BUAT MODAL NIAGA

SOLUSI

Diharap dengan sedikit perkongsian 7 langkah ini dapat memberi gambaran kepada anda untuk mengatur duit pengeluaran KWSP dan aset-aset sedia ada anda.

Memanglah sesetengah orang nampak RM10K itu tak banyak tetapi banyak atau sedikit bukan ukuran kerana kejayaan kewangan bergantung kepada bagaimana kita merancang dan susun strategy terhadap kewangan tersebut.

Yang sedikit jika tidak dirancang bagaimana nak rancang yang banyak.

Allah akan berikan yang banyak kepada yang layak dan pandai merancang untuk jalan kebaikan.

Semoga bermanfaat

Nukilan Asal: Mak Jerung (MJ)

Exit mobile version