kwsp i-lestari cara mohon

Pengeluaran i-Lestari KWSP Dah Lulus! Nak Buat Apa Dengan Duit Banyak-banyak Tu?

Ahli KWSP yang membuat permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP i-Lestari, dijangka akan menerima duit tersebut bermula pada 1 Mei 2020.

Fakta i-Lestari:

i) Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli KWSP.

ii) Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan.

iii) Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020.

iv) Untuk tempoh maksimum 12 bulan.

Objektif utama kerajaan membenarkan pengeluaran duit dari Akaun 2 ahli KWSP untuk memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu.

Namun pasti akan ada ahli KWSP masih belum ada perancangan lengkap untuk duit yang akan diterimanya nanti. Pendek kata, jiran mohon pengeluaran KWSP i-Lestari, saya pun nak memohon juga!

Jangan risau. Walaupun anda sudah pun mempunyai duit yang mencukupi, lelaki ini ada idea yang best untuk dilakukan dengan ‘duit dari langit’ tersebut. Jom baca perkongsian Bro Nuar (Twitter @penaberkala)

Nak guna buat apa dengan duit itu? Aku dah ada banyak duit.

Duit masuk tanpa ada pengeluaran. Dividen masuk setiap tahun!

Ingat, bukan ambil untuk berjoli ye.

Mudah je pengeluaran i-Lestari ni kan.

Boleh rujuk artikel cara pengeluaran i-Lestari secara Online kami sebelum ini.

Atau anda ada cara lain yang lebih menarik untuk manfaat duit ini?

2 Replies to “Pengeluaran i-Lestari KWSP Dah Lulus! Nak Buat Apa Dengan Duit Banyak-banyak Tu?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge